UT – THE NEW MODEL T

EH (Malaysia) - - Stail -

Sempena 10 tahun selepas pengenalan UT di dunia fesyen, UNIQLO kembali kepada asal usul kemeja-T untuk menghasilkan UT yang bakal menjadi standard baru kemeja-T grafik. UNIQLO mengkaji bentuk atau torso kemeja-T dan memberi perhatian istimewa kepada pilihan grafik. Malah, sebagai meraikan standard baru UT, UNIQLO juga telah melancarkan tagline iaitu “THE NEW MODEL T”.

Bentuk torso yang ideal bagi UT ialah kemeja-T tanpa kelim di bahagian tepi, yang memberi bentuk ‘bulat” pada setiap pakaian UT. Menggunakan siluet bentuk bulat ini sebagai asas pakaian, UNIQLO memastikan perincian lain sejajar dengan pilihan pelanggan termasuk ketebalan fabrik.

Setiap rekaan grafik pada pakaian UT pula melambangkan pop culture kontemprari termasuk Coca-Cola, Disney, The Simpsons serta Jeffrey Fulvimari. Untuk memperkenalkan “THE NEW MODEL T”, UNIQLO telah melantik NIGO sebagai Pengarah Kreatif pertama untuk jenama UT.

Wajah baru kempen UNIQLO musim bunga 2014, Dakota Fanning dan Tom Odell

UT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.