FAKTOR UTAMA PENYEBAB KULIT KUSAM

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 PENYAHIDRAT Kurang hidrat, bukan saja menyebabkan kulit rasa tegang dan tidak selesa tetapi juga punca utama kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya secara keseluruhannya. Tanpa penghidratan yang sempurna, sel pada dasar kulit menjadi tidak aktif dan menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat, bertenaga serta berseri.

2 TEKSTUR KULIT TIDAK

SEKATA Kehadiran tompok kasar pada permukaan kulit akibat tekstur kulit tidak sekata mengakibatkan ia tidak mampu menyerlahkan sinar dan seri cahaya secara keseluruhan, sekaligus menyebabkan kulit kelihatan berbelak-belak dan kusam.

3 KOLAGEN TIDAK TERSUSUN Apabila kulit semakin matang pula, serat kolagen semakin lemah dan menjadi tidak tersusun. Keadaan ini menyebabkan cahaya seri tidak mampu memancar pada kulit, menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap dan tidak berseri.

4 PENGEDARAN MIKRO YANG LEMAH Kulit orang Asia juga mempunyai masalah peredaran mikro. Ini bererti darah mereka kurang mengalir pada lapisan atas kulit yang menyebabkan kulit kelihatan kusam dan kurang bermaya. Kurangnya pengaliran darah pada dataran kulit di kalangan masyarakat Asia menyebabkan kulit kelihatan malap dan tidak begitu sihat.

Andai dibandingkan kulit orang Asia dan Barat, Pengarah Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan Biologi Kulit Estee Lauder, Dr Nadine Pernodet berkata, “kulit orang Asia mempunyai lapisan

corneum atau lapisan lembapan yang lebih nipis. Ini menyebabkan penyahhidratan kulit berlaku lebih cepat. Seterusnya bintik gelap akibat usia muncul di kalangan masyarakat Asia pada peringkat umur lebih muda berbanding kulit orang Barat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.