PENGHASILAN BINTIK HITAM

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Bintik tidak jelas yang muncul di bawah dataran kulit dan boleh menyebabkan ton kulit tidak seimbang. Ia berpunca daripada pigmentasi yang aktif akibat peningkatan pengeluaran histamine, yang belum sempat sampai pada permukaan kulit. 2 Bintik kecil pada permukaan yang muncul pada kulit akibat pengumpulan melanin di dalam dan di sekitar pori serta disebabkan oleh bintik degil akibat usia. Bintik itu tampak lebih hitam, dalam dan besar dan tumbuh sejak berpuluh-puluh tahun akibat kekurangan sokongan struktur kulit pada bahagian tertentu. Oleh kerana terhakisnya struktur ini akibat ditelan masa, ia menyebabkan pengumpulan melanin berlebihan itu tumbuh merebak ke kawasan yang lebih luas. 3 Bintik berulangan iaitu yang muncul berulang kali di tempat sama. Kajian saintifik menunjukkan, kulit mempunyai `daya ingatan’ yang lama bagi masalah mikro ini. Kawasan yang lemah dan sensitif ini menjadi laluan bagi masalah berulangan sehingga menyebabkan ia tumbuh di tempat sama.

BAGAIMANA TEKNOLOGI PENCERAHAN BOLEH MEMBANTU?

1 Dapat memperbaiki bintik-bintik hitam sedia ada dan meratakan ton keseluruhan kulit serta menampilkan kejernihan “berdefinisi tinggi” pada kulit yang kelihatan sejernih kristal. 2 Membantu bertindak balas ke atas kesan-kesan nyata pengeluaran histamine, yang boleh meningkatkan pengeluaran melanin dan membantu minimumkan iritasi akibat pencemaran yang boleh menyumbang kepada pembentukan bintik-bintik. Kesannya ialah menghalang kemunculan bintikbintik baharu dan kekusaman kulit, yang seterusnya membantu kulit supaya kelihatan cerah dan mulus. 3 Rumusan berpotensi tinggi memperbaiki bintik-bintik dan keseluruhan ton kulit dengan mengurangkan secara nyata penampilan kulit kusam. Bertindak dengan menghapuskan sel-sel kulit yang gelap dan mati serta kotoran yang terdapat pada bahagian permukaan, kulit menjadi berseri dan sekata supaya lain-lain bahan aktif boleh menyerap lebih dalam pada kulit untuk bertindak serta merta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.