CINTA LOKASI

EH (Malaysia) - - Kerja -

ANGELINA JOLIE & BRAD PITT Disatukan kali pertama dalam filem Mr & Mrs Smith, power couple ini masih bersama sejak mula kenal pada tahun 2005. Pada tahun 2012 mereka mengikat tali pertunangan dan sehingga hari ini dilihat sebagai pasangan selebriti yang paling berpengaruh.

JENNIFER ANISTON & JUSTIN THEROUX Mereka bertemu ketika set penggambaran filem Wanderlust yang menampilkan Jen bersama Paul Rudd sebagai hero filem tersebut. Dalam satu laporan Huffingtonpost, Jen dan Justin kelihatan banyak menghabiskan masa bersama sepanjang set penggambaran.

EMMA STONE & ANDREW GARFIELD Disatukan oleh pengarah Marc Webb menerusi filem superhero Spiderman, Emma Stone dan Andrew Garfield mencipta chemistry sebagai pasangan tidak hanya untuk watak dalam filem tersebut malah di luar set penggambaran. Sehingga hari ini mereka masih bersama tanpa sebarang cerita berbentuk kontroversi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.