SKANDAL SEKS HOLLYWOOD

EH (Malaysia) - - Anda & Dia -

KIM KARDASHIAN Rakaman video seks bersama penyanyi Ray J tersebar apabila rakaman tersebut dijual buat umum oleh Vivid Entertainment. Video yang diberi judul Kim Kardashian: Superstar itu menjadi topik bual hangat orang ramai ketika itu. Kim membuka fail saman terhadap syarikat tersebut dan menang kes dengan jumlah AS$5 Juta.

COLIN FARRELL Bad boy ini punya kisah dramatik. Dia diugut oleh Playmate, Nicole Narain yang juga bekas kekasihnya dengan video seks rakaman mereka. Farrell bagaimanapun mudah memintas ugutan tersebut apabila dia mendapati tindakan Narain bertujuan memusnahkan kariernya. Narain selepas itu menjadi seorang yang cukup lantang dalam berbicara soal seks.

FARRAH ABRAHAM Dia mengupah bintang porno terkenal, James Deen untuk melakukan video seks bersamanya. Farrah Abraham menafikan hal tersebut pada media apabila James Deen sendiri memberitahu media tentang hal ini. Farrah menuntut AS$1.5 Juta namun akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.

KATE MOSS Dalam satu laporan The Sun, United Kingdom – Moss memiliki beberapa siri video seks bersama bekas kekasihnya Pete Doherty yang juga seorang bintang rock dan penagih dadah. Selepas mereka putus Doherty mengugut Moss untuk menyebarkan video rakaman tersebut namun nasib menyebelahi super model ini apabila tiada satu pun antara siri video tersebut berjaya ditonton umum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.