“Pakar Sakit Hati”

BHG 3: NINA DAN RYAN

EH (Malaysia) - - Tinta -

Nadia Khan seorang pengajar dalam bidang perubatan memiliki minat mendalam dalam bidang penulisan. Namanya mendapat perhatian penggemar Sastera Melayu Moden dengan debutnya Kelabu diikuti antologi cerpennya berjudul Cerpen yang kedua-duanya diterbit oleh Buku Fixi. Pakar Sakit Hati merupakan tulisan khususnya buat pembaca

Nina dan Ryan merupakan pasangan ideal sejak dari sekolah menengah lagi. Kata orang, cinta sekolah menengah tak kekal. Bila kita keluar sekolah, dah jumpa dunia luar yang lebih menarik, macam-macam dugaan datang dan akhirnya, hubungan sekolah menengah itu tak dapat dipertahankan.

Tapi Nina dan Ryan berjaya harungi segala dugaan itu. Bermula dengan dugaan Ryan digoda awek kougar, hinggalah ke dugaan Nina mengulang semester di kolej dan murung sebulan. Semuanya dapat diatasi dengan tabah.

Ya lah, sebenarnya dugaan itu semua tak besar mana pun. Tapi di umur yang masih muda, kadang-kadang kita terlebih pandai nak membesarkan perkara yang kecik. Itu yang menyebabkan ramai kawan-kawan Nina dan Ryan yang berpasangan sejak zaman sekolah, tak mampu nak teruskan hubungan dia orang.

Nina tamat pengajian sebelum Ryan. Logik, sebab Nina ambik kursus seni bina sementara Ryan ambik kursus perubatan. Tapi sayangnya, Ryan terkandas sewaktu pengajiannya, yang menyebabkan Ryan bertukar ke kursus biomedical. Setahun setelah Nina bekerja, Ryan pun mula bekerja sebagai agen insurans - kenapa tak bunyi macam pekerjaan biomedical langsung? Sebab memang tak pun. Biasalah, tak semua orang kerja ikut kelayakan.

Setahun selepas Ryan bekerja pula, Nina dan Ryan diijabkabulkan. Tanpa masalah dengan ibu bapa masing-masing, cuma bapa Nina pada awalnya bersikap dingin terhadap Ryan. Juga perkara biasa. Nina anak perempuan tunggal, jadi mana-mana lelaki pun mesti bapa dia takkan berkenan pada mulanya.

Hidup Nina dan Ryan seperti mana-mana pasangan lain. Selalunya mesra, dan kadangkadang ada perbalahan kecil yang menjadikan mereka bertambah mesra.

Ryan ada satu perangai. Balik dari kerja, dia suka cabut stokin dan tinggal merata-rata. Kadang-kadang Nina akan jumpa satu di tepi peti ais, satu lagi atas sofa. Satu kat bawah kerusi meja makan, satu lagi kat hujung katil. Stokin Ryan tak pernah kekal berpasangan.

Mula-mula Nina tegur juga. Maklumlah, dah jadi isteri orang kena kuat bebel – kriteria yang perlu ada pada seorang isteri, kononnya. Ryan cakap dia akan ubah, letak stokin setempat. Tapi sekali saja dia berjaya, waktu-waktu lain akan bersepah.

Nina perhati yang Ryan ni tak suka buang air di luar. Maksudnya, tandas awam. Kalau boleh tahan, dia akan tahan sampai ke rumah – rumah paling selesa, katanya. Sebab itulah setiap kali Ryan masuk je pintu rumah, dia akan berlari ke bilik air. Dan dalam perjalanan ke bilik air dia akan buka stokin dan mencampakkannya ke mana saja.

Kata orang, lepas kahwin, kita akan didedahkan dengan macam-macam fiil dan kerenah pasangan yang kita tak pernah tahu sebelum ni. Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, perkara yang terbaik ialah terima apapun fiil itu seadanya – jangan cuba ubah pasangan kita dan gelakkan saja segala fiil ini. Lagipun, fiil dan kerenah dia dah wujud sebelum kahwin lagi. Bukan perkara mudah untuk dia ubah, lagi-lagi bila dia dah selesa dengan satu-satu keadaan.

Dan Nina tak sangka, perangai yang ada pada Ryan itu – yang pada asalnya buat Nina bebel, kemudian buat Nina gelak...kini boleh buat Nina menangis.

Ryan agak aktif bersukan. Dari zaman sekolah lagi, Ryan bermain bola keranjang (nasib baik bukan mata keranjang), Ryan bukanlah pemain hebat. Dia tak pernah mewakili sekolah dalam mana-mana pertandingan. Cuma main untuk suka-suka. Masa waktu kolej, Ryan kurang bersukan sebab tak ada masa.

Tapi bila dah bekerja dan berumahtangga, Ryan mula risau sebab Nina pandai masak! Dia dah lihat terlalu ramai di kalangan kawankawannya yang mula jadi boroi dan boyot lepas kahwin, dan Ryan tak nak tergolong dalam golongan tu. Jadi, Ryan bertekad untuk bermain bola keranjang dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Ketika dalam salah satu sesi, Nina duduk rumah dan tengah fikir apa nak masak. Waktu dia mula mengeluarkan bahan-bahan di dapur, dia dapat satu panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Nina ada perangai tak jawab telefon kalau nombor itu dia tak kenal – tapi kali ni, tak tahu kenapa, dia terpanggil untuk jawab. “Helo?” “Helo? Nina ke ni?” suara di hujung talian berbunyi cemas. “Saya?” “Arif ni. Kawan Ryan. Dia collapse tiba-tiba masa main basketball tadi, kitorang tak tahu kenapa! Dia dah naik ambulans, pergi ke Hospital Ampang. Jumpa di sana?”

Tak sempat sampai ke Hospital Ampang, Ryan disahkan meninggal sewaktu dalam ambulans. Nina tak ke hospital. Nina tak ke mana-mana. Nina cuma duduk di rumah dan menangis berhari-hari (mungkin juga berminggu-minggu, dia tak pasti). Nina tahu apa yang menyebabkan kematian Ryan.

Nina dulu ada seorang pakcik. Boleh dikatakan pakcik kesayangan, sebab Nina memang rapat dengan lelaki yang dia gelar “Pak Su” tu. Mungkin sebab beza umur tak berapa jauh, jadi lebih mudah rapat berbanding pakcik-pakcik yang lain. Waktu Nina hendak menduduki PMR, Nina dapat berita yang Pak Su tiba-tiba rebah ketika bermain ragbi di kolej. Pak Su memang pemain ragbi handalan. Pak Su disahkan meninggal di tempat kejadian.

Setelah post-mortem dibuat, Pak Su disahkan mengidap penyakit hypertrophic cardiomyopathy. Penyakit ni merupakan penyakit keturunan, walaupun Nina tak pasti siapa lagi yang ada penyakit ni dalam keluarga dia. Penyakit di mana otot jantung lebih besar daripada biasa, tetapi lemah dan tak dapat menampung tanggungjawab yang harus dipikul oleh jantung. Orang yang mengidap penyakit ni selalunya tak ada sebarang simptom, sebaliknya akan tiba-tiba rebah sewaktu melakukan aktiviti fizikal.

Penyakit sama yang dihidapi oleh Ryan dan membawa kepada kematiannya. Betullah kata orang, kita takkan benar-benar tahu tentang pasangan kita sehinggalah kita berkahwin. Masalahnya, Nina tak pernah sangka ia boleh membawa padah.

Selepas kematian Ryan, Nina cuba meneruskan hidup seperti biasa. Tapi ada masalah lain yang menimpa – Nina nampak Ryan di mana-mana di dalam rumahnya, sama seperti waktu Ryan masih hidup dulu.

Bila Nina bangun pagi, Nina akan nampak Ryan sedang tidur di sebelahnya. Bila Nina buat sarapan, Ryan akan mengusiknya dan bertanya kenapa tak disediakan sarapan untuk Ryan sekali.

Nina cuba pulang lewat dari kerja, semata-mata untuk mengelakkan pertembungan lebih kerap dengan Ryan (ataupun rohnya) di rumah. Tetapi setiap kali Nina balik, Ryan tetap ada. Kadang-kadang dia duduk di atas sofa mengadap TV, menonton rancangan lawak kegemarannya. Kadang-kadang Ryan duduk di meja makan, semata-mata menanti kepulangannya.

Dan yang paling menghantui Nina – ialah Nina masih jumpa stokin Ryan di merata-rata tempat. Setiap hari, stokin yang berbeza di lokasi yang berbeza. Stokin belang-belang, satu di tepi almari dan satu di tepi pintu bilik air. Stokin hijau, satu di atas rak kasut dan satu lagi di atas televisyen.

Setelah dua bulan dihantui oleh stokinstokin Ryan (selain Ryan sendiri), Nina buat keputusan untuk bertemu dengan Dr Max. Max mendengar kisah Nina tu dengan teliti. Payah ni, bisik hatinya. Berat. Post

traumatic stress disorder yang tahap delusional macam ni selalunya bukan aku yang handle. Aku sepatutnya handle pasangan bermasalah remeh-temeh je. Macam si Wanda dengan Khairy tu.

Tapi tak tahu kenapa, walaupun Max boleh dengan mudahnya menulis surat rujukan kepada kawannya yang lebih pakar, Max tak berbuat demikian. Lagipun Max rasa dia akan melanggar etika rawatan kalau dia dengan selamba pass pesakit dia macam bola kepada pakar lain, sedangkan dia ada keupayaan untuk merawat pesakit ni. Memanglah selama ni, Max bukanlah jenis beretika sangat.

Tapi untuk Nina, Max rasakan seperti dia mula buat benda-benda yang tak selalunya dia buat. Benda-benda yang mungkin, jika

business partner dan juga kawan baiknya, Dr. Sandra dengar – Sandra akan anggap yang Max mula bertindak tak masuk akal.

Mungkin sebab kes Nina ini sendiri tak masuk akal. Selalunya kes macam ni akan jadi bahan gelak je antara Max dan Sandra. Tapi sekarang Max langsung tak rasa macam nak gelak.

Siapa sanggup gelak, melihatkan sepasang mata redup Nina tu bergenang air mata? Siapa yang cukup kejam untuk bahan seorang balu yang masih nampak arwah suaminya di mana-mana, dan dia tahu itu sekadar ilusi dan sedang cuba dapatkan rawatan?

Max yang selalunya sound direct kat pesakit-pesakit dia tanpa rasa belas kasihan, kini mendapati dirinya amat bersimpati dengan kes Nina. Dan Max tak rasa ni ada kena-mengena dengan hakikat yang Nina ni cantik orangnya. Ada ramai antara pesakit Max yang cantik – tapi Max tetap meluat dengan perangai diorang.

“Jadi, rawatan macammana yang Puan... maaf, Cik Nina perlukan?” tanya Max.

Nina senyum. Nipis. “Bukan Dr. Max ke yang patut tentukan? And please, call me Nina.”

“And you can just call me Max,” sepantas kilat balasan tu keluar dari mulut Max. Sedangkan Max cukup benci kalau pesakit tak memanggilnya secara profesional.

“I’ll be honest with you, ini kes yang agak rare buat saya. Tapi saya janji yang saya akan cuba berikan rawatan yang terbaik,” kata Max.

“That’s all I need to know for now. Saya

akan tetapkan next appointment dengan personal assistant Dr... sorry, Max. Boleh?” Nina bertanya lembut.

Nak gugur jugak jantung Max dibuatnya dengan lenggok suara Nina tu. Tapi Max sekadar mengangguk dengan lagak profesional. Bila Nina keluar, Max mengeluh panjang.

What the hell is wrong with me? Tahu dek Sandra, mati aku kena gelak!

Tapi Max tak tahu, Sandra punya masalah tersendiri di bilik sebelah...

NADIA KHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.