Kongsikan bersama kami!

EH (Malaysia) - - Salam -

EH! YANG MARVELLOUS

’Eh!...Tak boleh lepas kali ini, mesti kena pergi!’...getus hati saya apabila terpandang majalah EH! keluaran September 2013, yang menampilkan wajah glamor Che Ta sebagai cover girl. Terus fikiran saya teringatkan Parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi anjuran majalah EH! yang bukan sahaja penuh gemilang, glamor tapi santai kerana hanya di sini sahaja platform untuk peminat-peminat beramah mesra dan berparti bersama selebriti tanah air yang cukup ‘sempoi’ dan

sporting! Terus saya pergi ke cawangan MPH BookStore di 1 Utama Shopping Centre, kemudian tinggalkan nama kepada kakitangannya yang sangat peramah dan berhemah. Saya mendapatkan tiket sebaik sahaja mereka menghubungi saya, apalagi saya pergi ke gedung Uniqlo untuk mendapatkan pakaian yang bersesuaian! Saya tak risau malah gembira kerana saya tak perlu mencari fashion co-ordinator lain, rujukan saya hanyalah EH!.

Tibalah hari yang dinantikan, saya hadirkan diri ke Vertigo, The Gardens untuk bersama-sama pembaca yang lain meraikan para selebriti yang Anggun & Disenangi. Tambahan pula malam itu saya berpeluang mempamerkan bakat dan skil tarian saya di pentas EH!...wah, terasa glamor sungguh bila Linda Onn kata dia terkejut tengok kelincahan saya menari! Tak percaya, buka majalah EH! Januari 2014 muka surat 189 ada foto saya sedang menari! Enjoy the partyyyyyyy!!!!! Apapun saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Khairul Abidin serta Yana Baharudin yang sangat peramah, juga semua selebriti yang hadir dan sudi beramahmesra dengan kami semua pembaca setia EH! Harap tahun akan datang akan lagi meriah di lokasi yang lebih besar! Marvellous EH!

- Azrul Azi Abdul Basir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.