DEBARAN OSCAR KE-86

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Majlis pengiktirafan bagi warga filem Hollywood yang saban tahun dinantikan ini bakal berlangsung pada 2 Mac ini. Apa yang menarik majlis kali ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Ellen DeGeneres. Filem 12 Years A Slave yang mengungguli kategori filem terbaik Golden Globes lalu disebut sebagai calon kegemaran bagi kategori filem dengan saingan terdekatnya filem Gravity, American Hustle dan Her. Aktor Matthew McConaughey menerusi filem Dallas Buyers Club dan aktres Cate Blanchett (Blue Jasmine) hampir pasti membawa pulang Oscar tahun ini biarpun dikatakan bakal menghadapi saingan hebat Tom Hanks (Captain Phillips) Chiwetel Ejiofor (12 Years A Salve) Amy Adams (American Hustle) dan Meryl Streep (August: Osage County).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.