KUASA WANITA GUCCI

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Bagi Frida Giannini, wanita Gucci musim bunga kali ini lebih berkuasa, eklektik, menarik dan sensual secara semula jadi. Menyuntik serba sedikit elemen sukan ke dalam setiap helaiannya malah menyerlahkan aura feminin dalam pemilihan fabrik lembut, jarang, kilat dan bercorak flora dalam potongan yang lebih menggoda seperti potongan kaftan didedahkan bahagian keruk leher hadapan sehingga paras pangkal dada. Ini dilengkapi dengan kasut but tumit metalik dengan perincian getah elastik, beg ira berambu yang menyempurnakan keseluruhan penampilan wanitanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.