FASA KEDUA JOHOR PREMIUM OUTLET

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Mula diperkenalkan pada tahun 2011, pusat sehenti penggemar jenama fesyen mewah – Johor Premium Outlet memperkenalkan fasa kedua dengan menambah kira-kira 40 lagi stor dengan menjadikan keseluruhan stor sebanyak 120 kesemuanya. Antara jenama baru yang ditempatkan adalah BCBGMAXAZRIA, Bread & Butter, Furla, Florsheim, Sacoor Brothers dan World of Outdoors. Beberapa jenama lain yang bakal dibuka seperti Calvin Klein Jeans, CalvinKlein Underwear, Guy Laroche, Kate Spade dan lain-lain akan diumumkan pembukaannya pada masa akan datang.

Pembukaan fasa kedua ini juga menjadi bukti akan kejayaan Johor Premium Outlet dalam memberi pengalaman membeli-belah kepada pengunjung bukan sahaja dari Malaysia namun juga negara jiran, Singapura. Pada tahun lalu juga Johor Premium Outlet diumumkan sebagai Pemaju Terbaik (Malaysia) dan Reka Bentuk Arkitek Terbaik oleh South East Asia Property Awards.

PATUT PERGI!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.