Nafas Baru GOLDEN GLOBE AWARDS 2014

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Acara gemilang kembali lagi menghiasi dunia hiburan dan fesyen Hollywood. Golden Globe Awards 2014 yang diadakan di Beverly Hills, California menyaksikan barisan selebriti dengan gaya berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Nama-nama baru dalam dunia fesyen juga semakin mendapat tempat di karpet merah.

LUPITA NYONG’O

The new fashion ‘It girl’! Menggayakan busana sutera Ralph Lauren koleksi musim bunga 2014. Tambah seri dengan aksesori Fred Leighton. NAOMI WATTS Metalik seakan menjadi tema utama majlis ini. Naomi begitu anggun dalam busana pereka fesyen kegemarannya, Tom Ford yang diserikan kalung emas bertatah berlian koleksi Heritage Bvlgari.

MILA KUNIS Perincian sekuin rona perak penuh di bahagian dada menjadi tarikan utama. Gaun daripada Gucci Premiere.

KATE BECKINSALE Cantik dalam gaun rona kelabu metalik ilham Zuhair Murad koleksi musim luruh 2013, beg kepit Edie Parker serta aksesori Chopard dan Lorraine Schwartz.

TAYLOR SWIFT Gadis kegemaran ramai ini tampak manis dalam gaun leret Carolina Herrera koleksi pra musim luruh 2014.

LIZZY CAPLAN Unik dalam persalinan Emilio Pucci musim bunga 2014. Disempurnakan dengan beg kepit Rauwolf.

PAULA PATTON Gumpalan renda di sebelah bahagian gaun daripada Stephanie Rolland Couture. Padanan pumps Charlotte Olympia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.