JELIK & PELIK

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Dalam yang cantik, pasti ada antara mereka yang salah dalam bergaya.

JENNIFER LAWRENCE Dia sentiasa tahu menggayakan yang terbaik di karpet merah. Namun, kali ini penampilannya agak mengecewakan dengan gaun Christian Dior Couture.

HEIDI KLUM Gayanya kekok di majlis berprestij ini apabila menggayakan gaun jarang Marchesa musim bunga 2014 bersama padanan beg kepit Marchesa dan kasut Christian Louboutin.

EMMA WATSON Memilih busana ringkas dengan rona pop terang Christian Dior Couture, seluar hitam serta kasut rona kontra Roger Vivier.

EMMA ROBERTS Klasik. Rona hitam dengan gaun berpotongan duyung rekaan Lanvin dipadan bersama antinganting jurai rona terang.

ZOE SALDANA Dia tahu bagaimana ingin tampil unik dengan busana pelbagai elemen Prabal Gurung musim bunga 2014 ini. Beg kepit Bottega Veneta dan antinganting Lorraine Schwartz.

ZOOEY DESCHANEL Tidak lekang daripada gaya gadis manisnya. Hadir dalam persalinan Oscar de La Renta koleksi musim bunga 2014 dengan kasut jenama serupa. Ditambah lagi aksesori Neil Lane dan beg kepit Charlotte Olympia.

SANDRA BULLOCK Mungkin terlalu berwarna-warni untuk A-list seperti Sandra? Gaun pelbagai rona ilham Prabal Gurung koleksi pra musim luruh 2014.

ALLISON WILLIAMS Tidak takut mengambil risiko, pelakon siri The Girl ini memilih Alexander McQueen koleksi musim bunga 2014 dan kasut Jimmy Choo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.