Karisma & Gaya

EH (Malaysia) - - Lensa Kamera -

Menggayakan busana sehebat mana pun tidak akan kena gayanya jika tidak mempunyai karisma tersendiri. Mereka ini tampak yakin dan cantik dalam busana unik. Cuba tiru gaya mereka, mana tahu anda juga punya karisma yang sama.

AMY ADAMS Les dan Elie Saab seakan tidak dapat dipisahkan. Dia membuat kelainan dengan rekaan musim bunga 2014 ini.

MARION COTILLARD Tidak takut untuk menggayakan gaun bergaris multi rona ilham Christian Dior daripada koleksi musim bunga 2014. Pelakon Perancis ini sememangnya ikon fesyen dengan identiti tersendiri!

BLAKE LIVELY Memilih gaun gabungan fabrik les dan tulle rekaan Marchesa daripada koleksi musim bunga 2014. Dipadan bersama kasut Gucci dan aksesori Van Cleef.

DAWN OLIVIERI

Jumpsut dengan cutout di bahagian dada dan tali pinggang emas dirasakan sungguh berinovasi. Menggayakan rekaan Black Halo.

KIM KARDASHIAN Kuning keemasan menjadi rona pilihan. Warna yang terlalu terang dengan fabrik satin, namun tetap kelihatan anggun.

OLIVIA WILDE Perincian metalik di bahagian bahu dan pinggang menjadi elemen penting untuk busana biru elektrik David Koma ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.