Yasmin Ramli MENGEMUDI LABEL CARA TERSENDIRI

MENCIPTA PASARAN BARU MENERUSI KONSEP EDGY UNTUK FASHION FOWARD DAN WANITA MUSLIMAH.

EH (Malaysia) - - Kata Pereka -

1 Bagaimana anda mula melibatkan diri dalam bidang fesyen dan siapa yang memberi inspirasi untuk terus maju dalam bidang ini? Ibu selalu menggayakan saya dan kembar, Cho dengan pelbagai helaian sedari kecil hingga masuk belasan tahun. Dia sememangnya punya cita rasa fesyen yang sangat bagus dan mempunyai banyak koleksi pakaian, perhiasan kemas dan kasut sekitar era 80-an dulu. Lantas ini memberi inspirasi kepada saya, malah sejak dahulu lagi kami selalu menonton siri kartun ‘Jem & The Holograms’ dan ia menamba keghairahan kami dalam berpakaian. Ibu juga turut memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih tekun sekaligus menerapkan etika yang baik dalam bekerja.

2 Jenama kendalian anda setakat ini? Saya mereka dan mengendalikan jenama When Our Eyes Met malah turut mereka untuk koleksi sedia pakai PU3 terutamanya untuk pentas peragaan dan tujuan pameran perdagangan.

3 Ceritakan mengenai penubuhan PU3 dan When Our Eyes Met Saya dan Cho mempunyai idea dan impian sendiri. Sewaktu berusia 17 tahun kami menyimpan hasrat untuk memiliki ruang yang menjual rekaan kami. Lalu penubuhan PU3 Sdn Bhd yang mula aktif pada tahun 2006, sebaik sahaja kami tamat pengajian di luar negara. Sebetulnya syarikat ini telah didaftarkan pada tahun 2004 oleh ibu selaku penasihat perniagaan kami. Ayah pula memberi idea tentang penggunaan nama label PU3. PU3 dan When Our Eyes Met (WOEM) adalah impian saya dan Cho sewaktu kami masih di London. WOEM pula sudah aktif sejak beberapa tahun lalu dan ia merupakan ekspresi dari individu yang terkesan dalam hidup saya melalui beberapa aspek penting. Contohnya, koleksi terakhir saya diinspirasikan daripada bentuk geometri dan piramid yang juga mengingatkan saya tentang nenek.

4 Apakah falsafah karier anda? Menyediakan rangkaian sedia pakai, edgy, helaian yang selesa, untuk wanita berkerjaya, ibu, remaja serta wanita yang mahukan sesuatu yang berbeza.

5 Signature rekaan anda? Asimetri, cut out, lisu tidak rata serta potongan geometri. Saya juga selesa menggunakan rona gelap.

6 Ceritakan mengenai koleksi baru When Our Eyes Met Baru-baru ini saya mula mereka pakaian untuk wanita muslimah. Koleksi ini hasil daripada inspirasi kasih sayang, alam semula jadi dan pegangan saya. Saya mula gemarkan pokok dan akar yang besar. Saya mempunyai idea dalam membina rumah 3D kecil yang dilengkapi akar bermula dari bawah dan sehingga mengelilingi bahagian tertentu. Idea ini tercetus pabila saya pulang ke kampung di Pasir Salak dan ini sedikit sebanyak mengingatkan memori bersama keluarga sewaktu membesar. Saya telah membina hati bentuk 3 dimensi dengan bantuan kumpulan saya dan ia telah digunakan untuk latar belakang lookbook dan filem pendek fesyen terbaru saya.

7 Bagaimana anda mendapatkan sumber inspirasi bagi sesuatu koleksi? Saya gemar mengembara, mendengar muzik dan dikelilingi oleh perkara positif dan semula jadi.

8 Setiap tahun berapa banyak koleksi yang dikeluarkan. Tahun lepas saya mengeluarkan dua koleksi yakni Darkened untuk musim bunga 2013 dan pra luruh. Dalam masa yang sama saya turut menyiapkan rekaan dan melakukan persediaan untuk produksi baru yang tidak dipentaskan dan disiarkan dalam lookbook. Tahun ini sahaja saya sudah mereka tiga koleksi iaitu WOEM Muslimah dan denim untuk musim bunga’14, WOEM musim bunga’15 dan koleksi persediaan bulan September.

9 Tips gaya musim bunga Jaket kulit biru atau jenis longgar potongan asimetri dari fabrik denim berkeruk leher lebar yang digandingkan dengan skirt ‘girl next door’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.