Tip & Tricks Musim Bunga’14

KETAHUI APA YANG HANGAT DI PENTAS PERAGAAN DAN APLIKASIKAN PADA GAYA HARIAN ANDA DALAM GAYA YANG LEBIH RELEVAN.

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal - *KEMUKAKAN SOALAN ANDA TERUS KEPADA YANA@BLUINC.COM.MY

1 Saya selalu tampak lesu setiap kali perlu ke luar negara atas urusan kerja. Mungkin kerana jet lag serta kesibukan memenuhi janji temu. Kadang kala tidak punya banyak masa untuk memikirkan apa yang perlu disarung untuk tampak segar. – Linda, Sentul

Ya benar, jadual yang padat kadang kala menyekat kita untuk tampil bersiap, tambahan lagi pabila perlu ‘terbang’ di saat akhir. Walau bagaimanapun, anda masih punya banyak cara agar kekal menawan. Tetapi, jangan berhasrat untuk membeli pakaian sebaik sahaja berada di negara yang anda tujui. Mengikut pengalaman, saya pernah tidak sempat masuk ke bilik hotel kerana dari airport terus ke tempat acara berlangsung. Jadi seeloknya sediakan sekurang-kurangnya satu blazer berona lembut bersama seluar atau skirt midi dalam bagasi kecil dan solekan asas. Antara helaian penting

bussiness trip:

Gaun: Ia menjimatkan ruang bagasi. Pilih dari fabrik yang tidak mudah renyuk atau senang digosok. Padankan dengan blazer atau jaket dalam rona dan cetak yang lebih segar. Sediakan potongan lurus, potongan A atau dari perincian berlisu. Namun, anda wajib sediakan satu gaun hitam mana tahu ada parti kejutan.

Blaus dan kemeja: Sediakan jenis longgar dan rona putih adalah wajib kerana mudah untuk dipadankan dengan skirt atau seluar rona natural atau bercorak.

Blazer, jaket dan trench: Item wajib untuk urusan perniagaan. Ia memberi impak penampilan yang luar biasa biarpun anda hanya menggandingkannya dengan helaian kasual. Untuk gaya blazer yang lebih kemas dan sempurna, seeloknya anda menempah mengikut saiz badan.

tip EH!: Sekiranya menerima undangan di saat akhir dan buntu untuk membawa helaian sepatutya kerana baju belum dihantar ke dobi? Google, dan kunjungi kawasan yang menyediakan self-laundry.

2 Untuk musim bunga ini, apa lagi trend yang hangat dan mesti dicuba? Saya fikir mahu asingkan sahaja baju lama dan menggantikan yang baru. Tapi sebelum itu, mungkin ada baju lama yang masih relevan. - Nabillah, Sepang

3 Saya baru saja berhenti kerja kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak. Kini rutin harian semakin sibuk kerana awal pagi sudah keluar rumah untuk menghantar anak-anak ke sekolah, kelas tambahan sehingga kelas aktiviti lain seperti kelas piano dan renang. Sehingga kadang kala sudah buntu idea untuk memakai yang cantik-cantik. – Mirra, Ipoh

Pertama sekali anda perlu mementingkan soal keselesaan. Pilih fabrik yang mudah menyerap peluh ataupun fabrik yang lembut. Lebih mudah sekiranya anda memecahkan gaya anda kepada beberapa bahagian. Contohnya hari pertama anda menyuntik gaya sukan seperti pemilihan jumper bersama kasut sukan yang stylish. Hari kedua pula menggayakan serba pastel dengan gabungan rona hijau mint, biru lembut dengan campuran rona nude untuk

break the colours.

Hari seterusnya, fikir satu gaya yang memberi impak yang paling kuat contohnya menggayakan cetakan bunga sedondon. Padanan seluar lebar,

skinny atau denim pula adalah pilihan untuk gaya kasual. Pilih baju yang bersesuaian, lagi ringkas pilihan anda, lebih mudah untuk digayakan dengan aksesori. Walau bagaimanapun, pilihan kasut turut mempengaruhi keseluruhan penampilan. Sekiranya anda sudah biasa menyarung kasut tumit 24 jam, mungkin bukan menjadi masalah untuk tampak lebih bergaya. Jika sebaliknya, cukup sekadar memilih kasut baji, sandal dan kasut espadarilles. Pastikan rekaan pilihan anda masih terkini ya.

Paul Smith

MSGM

Victoria Bekham

Khoon Hooi

Guess

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.