NAOKI TAKIZAWA

EH (Malaysia) - - Stail -

APAKAH TEKNIK PENGGUNAAN FABRIK UNTUK KOLEKSI LIFEWEAR MUSIM BUNGA/PANAS 2014?

Tidak banyak perubahan pada fabrik, kami lebih banyak menumpu kepada perincian. AIRism sebagai contoh lebih lembut berbanding sebelum ini manakala Jean pula dibuat daripada fabrik selvage yang dianggap sebagai fabrik paling premium untuk seluar jean. Kami juga mempunyai kategori baru iaitu Smart Style Pants yang boleh digunakan ketika di pejabat. Untuk koleksi ini, kami menumpukan kepada fabrik yang memberi keselesaan selepas memakainya sepanjang hari dan pada masa yang sama nampak bergaya.

APAKAH PROSES BEKERJA BERSAMA DENGAN INES DE LA FRESSANGE?

Saya berjumpa dengan Ines di Paris pada bulan Jun. Kolaborasi dengan Ines bermula apabila dia menyebut nama UNIQLO di dalam bukunya. Di dalam buku itu juga, dia menulis mengenai nilai dan kepelbagaian yang diabdikan. UNIQLO juga mempunyai prinsip yang sama oleh itu, kami melamar Ines untuk bekerjasama dengan kami. Ines sebagai seorang pelanggan setia UNIQLO memberi idea baru kepada kami dari perspektif pelanggan. Sepanjang proses bekerja, di pangsapurinya di Paris dia seringkali bertanya kepada anak perempuannya, sama ada dia berminat untuk membeli dan memakai rekaan ini. Pada saya ini menunjukkan bahawa Ines bukan sahaja kreatif, malah dia pandai dengan memastikan setiap koleksi menarik perhatian generasi muda.

UT

Linen

AIRism

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.