INES DE LA FRESSANGE

EH (Malaysia) - - Stail -

APA ILHAM ANDA KETIKA MEREKA KOLEKSI INI?

Koleksi ini terhasil kerana ini pakaian yang saya ingin pakai. Saya mereka dan membayangkan setiap pakaian yang terhasil. Paling penting, saya berharap anda akan menuju terus ke butik UNIQLO dan beli koleksi ini yang bakal menjadi kejayaan dan kebanggaan saya. Anda akan melihat dunia baru; dunia yang sebenar.

APA PAKAIAN KEGEMARAN ANDA DALAM KOLABORASI BERSAMA UNIQLO INI?

Saya gemar jaket linen putih dengan jalur biru pucat. Ia jaket yang sesuai dengan semua; kasual tetapi chic, klasik tetapi bergaya, sofistikated tetapi keanak-anakan. Bak satu karya agung! Malah, saya juga gemar raincoat khaki, jaket kapas biru, seluar jean putih dan kemeja biru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.