MENYUNTIK GAYA SUKAN

EH (Malaysia) - - Stail -

Ada cara tertentu yang boleh membuatkan gaya sukan anda tidak tampak seperti anda baru sahaja pulang dari gimnasium. Kami tunjukkan caranya: 1 Lilitkan pinggang anda dengan tali pinggang berjalur, dwi rona atau pun tiga rona. Ini adalah cara paling mudah menghidupkan gaya feminin anda agar tampak seiring dengan ‘demam gaya

sporty musim ini. 2 Sarungkan jumper dengan hiasan tulisan ataupun nombor. Fabriknya mestilah yang menyerap peluh. 3 Gandingkan persalinan anda dengan jaket varisti atau bomber. Misalnya gandingkan jaket tersebut dengan gaun pendek. 4 Gayakan jersi singlet bersama celana ataupun skirt denim. Ia mencipta gaya yang lebih edgy dan lebih santai. Sesuai buat kamu yang masih muda. 5 Untuk gaya yang lebih berani, gandingkan jersi dengan blazer dan seluar hitam ketat ke pejabat. 6 Untuk gaya santai hujung minggu padankan baju

knitwear dengan seluar trak. 7 Bagi yang sukakan gaya seksi boleh cuba menyarung seluar boxing seperti gaya di pentas peragaan Emilio Pucci. Gandingkan bersama singlet dan jaket.

8 Paling mudah menyuntik gaya suka pada penampilan tentulah dengan menggayakan kasut sukan. Lengkapkan penampilan anda menyarung gaun pendek, skirt ataupun seluar berpotongan skinny.

9 Jaket bomber juga boleh dipadankan dengan seluar berpotongan longgar dan besar ke pejabat. Andai bimbang tampak terlalu santai, lengkapkan penampilan dengan aksesori.

10 Helaian yang berinspirasi sukan biasanya hadir dalam gaya polos atau berjalur, jadi untuk menyuntik elemen feminin, segarkan penampilan dengan menggandingkannya dengan helaian bercorak flora.

11 Aksesori adalah jalan paling mudah untuk mencipta aura glamor dan feminin kepada gaya sukan anda. Ini penting supaya gaya anda tidaklah tampak seperti anda baru pulang dari gimnasium.

12 Paling menjadi kegilaan anak muda hari ini adalah menggayakan jersi bernombor. Bagi mengikis imej santai, apa kata gayakan bersama skirt pendek dan sempurnakan penampilan dengan jaket labuh dan sarungkan but paras buku lali untuk mencipta gaya ‘chic’.

13 Bagi yang mahu menggayakan hoodie, saya sarankan anda lapiskannya dengan jaket denim atau khakis untuk menampakkan effort pada penampilan, kerana jika tidak kena gaya penampilan anda akan tampak terlalu santai dan tiada statement.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.