Miley Cyrus

EH (Malaysia) - - ‘It Girl’ -

Pemilik nama penuh Destiny Hope Cyrus ini antara selebriti paling kontroversi pada tahun lalu. Antara punca tercetusnya kontroversi ini adalah adegan yang dianggap kurang manis menerusi video klip ‘We Can’t Stop’, tampil berbogel menerusi video Wrecking Ball dan berlanjutan ke beberapa insiden lagi. Dan kontroversi tersebut sedikit sebanyak menjadi faktor yang melonjakkan namanya serta mengubah persepsi imejnya yang dianggap lebih berani dan matang berbanding imej ‘Hanna Montana’. Perubahan ketara ini juga menyaksikan transisi yang baik dalam kerjayanya serta melayakkan dia terpilih menjadi gadis kempen musim bunga 2014 Marc Jabos.

Kombinasi denim, kulit dan PVC dalam gaya rock chic bersama ceraian bra top Alexander Wang, jaket daripada rak KTZ, seluar longgar daripada Ashish musim bunga bersama padanan sepatu Christian Louboutin.

Kempen iklan musim bunga ’14 Marc Jacobs

Menghadiri parti Z100’s Jingle Ball dengan padanan rekaan Maison Martin Margiela. Mengenakan sepasang sut putih dengan perincian pin rona emas Versus Versace ke American Music Awards 2013.

Padanan jumpsut Balmain monokrom ke Billboard Music Awards.

Miley menggayakan gaun sarat labuci ke majlis 30th Annual Night of Stars rekaan label Marc Jacobs.

Gayanya tersendiri, padanan sepersalinan denim lusuh bersama jaket oversized dan but tinggi paras paha sewaktu dilihat meninggalkan hotel.

Jumpsut dwi rona daripada rak Valentino dalam gaya ringkas ke parti Maxim Hot 100.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.