Bunga Baru

EH (Malaysia) - - Gaya Jalanan -

Cetakan pada helaian terus disuntik dengan nafas baru yang lebih menonjol seperti gandingan rona terang umpamanya di pentas Just Cavalli dan Mary Katranzou. Penyusunan corak ini juga sekaligus mencipta satu lagi titik pembaharuan pabila imej cerminan tidak lagi menjadi taruhan pereka. Sekali gus meluaskan penggunaannya pada apa jua jenis helaian termasuklah pada jaket bahu bulat, dan kemudian dipadankan bersama mini skirt seperti di pentas Carven. Subjek ini digunakan secara meluas oleh Christopher Kane dari segi teknikal dan grafik lantas mewujudkan pembaharuan dalam penyatuan flora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.