MATA SEGAR BERSERI

Seringkali kita dengar bahawa mata adalah jendela jiwa individu. Dan kerana itu mata berseri, segar dan bebas lingkaran gelap jadi pilihan utama anda. PENYEBAB LINGKARAN GELAP BAWAH MATA BANTUAN DARIPADA DR. ANDREW WEIL FOR ORIGINSTM MEGA-BRIGHT EYE ILLU

EH (Malaysia) - - Patut Ada -

Lingkaran gelap bawah mata adalah salah satu masalah kecantikan yang dialami oleh para wanita di seluruh dunia. Tahukah anda bahawa kulit bawah mata mudah terdedah kepada iritasi. Hal ini kerana kulit di bawah mata lebih nipis berbanding kulit keseluruhan wajah. Oleh kerana itulah mata mudah sembap dan lingkaran gelap kelihatan lebih ketara. Lingkaran gelap bawah mata menjadi masalah kepada semua tidak kira usia, jantina dan etnik. Bergantung kepada kekerapan bersolek, gaya hidup dan persekitaran, kulit anda mula membentuk penyahwarnaan yang menyebabkan ton kulit tidak sekata. Penyahwarnaan berlaku apabila pigmentasi terhasil di bawah kulit yang rosak akibat pendedahan kepada matahari, tekanan, perubahan hormon, diet yang salah, kelesuan dan alahan. Malah, kulit orang Asia secara genetiknya mempunyai lapisan atas lebih nipis menyebabkan kulit lebih sensitif terhadap perubahan ini. Dr. Andrew Weil For OriginsTM Mega-Bright Eye Illuminating Cream mengandungi bahan-bahan berkesan untuk memudarkan masalah lingkaran gelap bawah mata dengan mengurangkan mata sembap, memberi ton kulit lebih sekata dan menmperkasakan kulit pada bahagian mata untuk menghalang iritasi. Teknologi terkini ini dibuktikan secara klinikal dan berkesan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata sambil mencerahkan kulit serta merta. Boleh didapati dengan harga RM170.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.