RM30,000 SETIAP TIGA PEMENANG ANUGERAH L’OREAL –UNESCO FOR WOMEN IN SCIENCE

EH (Malaysia) - - Wangian -

Tiga wanita bertuah telah memenangi Anugerah L’OrealUNESCO For Women In Science bagi tahun 2013, iaitu Dr. Chuah Lee Siang, Pensyarah Kanan Fizik, Universiti Sains Malaysia, Dr. Ruslinda A.Rahim, Timbalan Dekan Pengurusan Penyelidikan & Inovasi serta Pensyarah Kanan Institut Jurutera Nano Elektronik, Universiti Malaysia Perlis dan Dr. Suriani Abu Bakar Ketua Pensyarah Bahagian Fizik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kini L’Oreal-UNESCO For Women In Science kembali lagi tahun ini. Seperti biasa L’Oreal bakal memberi ganjaran kepada tiga orang saintis wanita muda yang berjaya menghasilkan Kertas Cadangan Penyelidikan terbaik dengan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 setiap seorang. L’Oreal Malaysia menyambung niat mereka untuk menyediakan sokongan, galakan dan pengiktirafan kepada saintis wanita yang berumur 40 tahun dan ke bawah. Pendaftaran kemasukan anugerah ini terbuka kepada wanita warganegara Malaysia yang sedang membuat kajian mengenai Life Sciences atau pemegang PhD. Tarikh tutup adalah pada 30 Mei 2014. Borang pendaftaran boleh didapati di www.loreal.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.