SALON GRACE, KÈRASTASE DAN GADIS BERHIJAB

EH (Malaysia) - - Wangian -

Gadis yang berhijab tentunya sentiasa mahu menjaga auratnya meski sedang membuat rawatan di salun rambut. Usah gusar, Salon Grace di Bangsar Village 2 menyediakan kamar khusus buat gadis berhijab. Ruang tersebut tidak hanya terlindung daripada orang ramai tetapi selesa dan tampak mewah dengan dekorasi menarik. Di sini, anda boleh mencuba rawatan rambut dengan menggunakan produk Kèrastase. Tidak kira apa jua masalah rambut, Kèrastase pasti dapat menyelesaikannya dengan kesesuaian rangkaian Kerastase. Jika mahukan rambut sihat, tebal dan lebat beralun, anda boleh mencuba rangkaian Densifique. Andai kulit kepala bermasalah, sensitif, gatal-gatal dan kemerahan, rangkaian Sensidote akan menenangkan kulit kepala, sejuk kala disapu dan membuat kulit kepala sihat semula. Bagi yang gusar rambut gugur rangkaian Specifique dapat merangsang pertumbuhan rambut baru dengan membantu membaiki keadaan kulit kepala. Sementara pemakaian secara teratur serum Initialiste membantu mendapatkan rambut yang sihat, bersinar serta cantik bercahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.