KINOHIMITSU PERKENALKAN J’PAN BIO-BOOSTER

EH (Malaysia) - - Wangian -

Kinohimitsu memperkenalkan formula eksklusif dengan probiotik, prebiotik dan vitamin yang dapat meningkatkan keupayaan badan untuk menyerap nutrien. Ia dipercayai dua kali ganda lebih berkesan. J’pan Bio-Booster mampu menghasilkan keputusan yang lebih optimum jika diselarikan dengan makanan tambahan lain. Bakteria yang baik akan diaktifkan pada dinding usus dalam sistem penghadaman kita dan dengan itu bakteria buruk yang ada di dalam badan akan dikeluarkan. Selain itu, J’pan Bio-Booster juga bagus untuk sistem pencernaan kita serta membantu untuk penghasilan Vitamin B. Hanya dengan pengambilan satu saket ia sudah mampu memberi nutrien pada tubuh badan kita. Ia telah terbukti berkesan apabila ujian telah dijalankan ke atas 100 wanita dan lelaki Asia. Ia juga meningkatkan sistem imuniti badan, mencantikkan kulit, meningkatkan tenaga dan fungsi tubuh lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.