Seri Fouziah Gous

“CLARINS WHITE PLUS TOTAL LUMINESCENT MEMENUHI KEHENDAK KULIT SAYA!”

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Tidak hairanlah wanita jelita ini menjadi jurucakap bagi rangkaian pencerahan Clarins White Plus Total Luminescent ini! Selepas mendirikan rumah tangga, Fouziah Gous tampil lebih berseri dan menawan. Ikuti temu bual EH! mengenai rangkaian kegemarannya ini dengan lebih lanjut.

• APA YANG ANDA FAHAM TENTANG PENCERAHAN KULIT? • APA YANG FOUZIAH JANGKAKAN APABILA MENGGUNAKAN CLARINS WHITE PLUS TOTAL LUMINESCENT DAY & NIGHT DUO?

Sebelum mencuba produk ini, saya harapkan yang ia mampu membuat kulit saya lebih cerah dan pada masa yang sama memberikan kelembapan sempurna. Dan selepas menggunakannya, saya gembira kerana ia memang memenuhi jangkaan saya.

Mencerah bagi saya tidak semestinya memutihkan kulit, sesetengah orang salah anggap akan perkataan ‘pemutihan’ atau ‘whitening’. Ia lebih kepada meratakan ton kulit dan membuat kulit tampil menyerlah dan berseri.

• HASIL KETARA SELEPAS MENGGUNAKAN CLARINS WHITE PLUS TOTAL LUMINESCENT DAY & NIGHT DUO?

Kulit tampil lebih cerah, suami saya turut perasan akan perubahan ini. Kulit saya terasa lebih segar dan semakin lembap terutama sekali ketika bangun dari tidur selepas menggunakan Smoothing Brightening Night Cream.

• BOLEH KONGSIKAN REJIM ANDA MENGGUNAKAN RANGKAIAN INI DAN TIP APLIKASINYA?

Saya gunakan set lengkap rangkaian White Plus Total Luminescent, daripada pembersih, penyegar hinggalah pelembap. Kemudian saya akan oleskan UV Plus HP BB Cream SPF40 terutama sekali apabila saya keluar untuk penggambaran. Saya akan simpan pelembap saya di dalam peti sejuk kerana ia membuat kulit saya segar apabila memakainya.

• MASALAH KULIT FOUZIAH SEBELUM MENGGUNAKAN CLARINS WHITE PLUS TOTAL LUMINESCENT?

Kulit kering sentiasa menjadi masalah saya!

• BAGAIMANA FOUZIAH MENGEKALKAN KULIT YANG LEMBAP DAN CERAH DALAM RUTIN YANG SIBUK DAN SENTIASA BERADA DI LUAR?

Saya sentiasa membersihkan kulit dan melembapkannya! Tidak kira sepenat mana, rutin itu tetap akan dilaksanakan pada penghujung hari. Dan saya juga sentiasa minum air untuk kulit badan dihidrat sempurna. SPF juga penting! Saya sentiasa oleskannya setiap kali keluar dari rumah.

• IKON KECANTIKAN?

Ibu saya, tanpa secalit solekan pun dia tetap tampak cantik secara semula jadi.

• TEMPAT ATAU WAKTU YANG TERBAIK UNTUK ANDA MENYEGARKAN MINDA DAN BADAN?

Apabila saya selesai solat, waktu itulah saya rasa lebih relaks dan tenang. Selain itu waktu di gim, saya akan melakukan senaman dan yoga.

WPTL INTENSIVE BRIGHTENING SERUM

NEW WPTL BRIGHTENING HYDRATING EMULSION SPF 20

NEW WPTL SMOOTHING BRIGHTENING NIGHT CREAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.