Kulit Bebas Cela

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Bedak asas yang bersesuaian dengan kulit muka berkuasa mengembalikan keserian wajah sambil melitupi cela yang tidak dingini. Mencari bedak asas yang bersesuaian dengan kulit bukan satu tugas mudah. Tip berikut mungkin dapat membantu anda sekiranya anda buntu mencari asas solekan yang sempurna.

Bedak Asas Anda Haruslah…

Sesuai Dengan Ton Kulit Jika anda tidak yakin dengan pilihan warna bedak asas, anda boleh cuba beberapa tip menarik ini. Sapu sedikit bedak asas pada rahang, dan lihat perbezaan warna di bawah cahaya matahari. Warna bedak asas yang sesuai lebih kurang sama dengan warna kulit anda.

Sesuai Dengan Jenis Kulit Mengenali jenis kulit anda akan membantu anda mendapatkan formula yang bersesuaian dengan kulit. Apabila anda memilih formula yang betul, solekan tahan lebih lama.

Lembut Pada Kulit Bedak asas yang sesuai tidak memberi rasa gatal, atau pun rasa melekit dan tebal selepas disapukan pada kulit. Mengenali formula di dalam bedak asas penting agar anda tahu apa yang diperlukan oleh kulit.

Memberi Kelebihan Seperti Produk Penjagaan Kulit Selain membentuk wajah seperti kanvas sempurna, bedak asas juga kini lengkap dengan pelembap agar solekan nampak kemas dan tidak bercapuk. Bedak asas dengan formulasi ini memudahkan lagi solekan kerana anda tidak perlu mengenakan pelembap atau primer sebelum mengenakan solekan.

Wajah Baru L’Oré

al Paris Matc h True

Found kini denga ation

n baru wajah

warna emas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.