Bukan Lagi Sekadar Mencerah

KETAHUI APAKAH FAKTOR YANG MEMBUAT KULIT MENJADI KUSAM DAN BONGKAR OBJEKTIF SEBENAR PENCERAHAN.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Tidak disangkal lagi, semakin lama semakin ramai yang keliru dengan konsep ‘pencerahan’ atau lebih dikenali sebagai ‘whitening’ ini. Perlu dijelaskan bahawa, teknik pencerahan bukan semata-mata pada keadaan fizikal atau permukaan kulit. Ramai yang berpendapat pencerahan ini cuma menghakis kulit dan tindakan mencerah itu tiada logik buat yang berkulit cerah atau buat anda yang sememangnya dilahirkan dengan kulit hitam manis. Tahukah anda, tidak kira bagaimana pun kondisi kulit anda, pigmentasi memang tidak mungkin dapat dielakkan. Jadi, ketahui fungsi teknologi pencerahan yang kini menyaksikan rata-rata jenama kecantikan taasub menghasilkan rangkaian masing-masing, termasuklah yang diperbaharui formulasinya dari masa ke semasa.

BUKAN PADA PERMUKAAN

Pencerahan bukan bertindak pada permukaan kulit, jika sekadar menghilangkan parut jerawat atau luka itu memang hanya pada lapisan atas kulit. Namun adakah anda tahu untuk merawat kulit kusam atau tompok hitam akibat pigmentasi memerlukan tindak balas jauh ke dasar kulit? Untuk mengetahui bagaimana teknologi pencerahan bertindak, ketahui dahulu faktor terjadinya kulit kusam dan bintik gelap.

Dalam Penyelidikan terbaru oleh Estee Lauder, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan kulit orang Asia secara keseluruhannya menjadi kusam dan kelam.

1

2

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.