PEMILIHAN BEDAK ASAS

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1 Anda digalakkan memilih bedak asas paling hampir dengan ton kulit (1 ton lebih cerah) supaya wajah tidak bertompok atau kelihatan lebih putih atau gelap daripada ton sebenar. Setiap kali membeli bedak asas, anda dinasihatkan agar mencuba dulu pada bahagian rahang bukannya di belakang tapak tangan kerana warna belakang tangan tidak sama dengan ton sebenar kulit wajah.

2 Elakkan membeli menerusi dalam talian kerana warna yang ditunjukkan tidak sama dengan warna sebenar kecuali sekiranya anda sudah mengetahui kod warna.

3 Jika masih tidak tahu warna sebenar, pilih seakan sama dengan kulit atau sedikit cerah. Namun bagi yang kurang arif, pilih bedak asas sedikit kekuningan kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit.

4 Bagi wanita berkulit cerah atau pucat, pilih bedak asas dengan sedikit merah jambu, wanita berkulit gelap digalakkan memilih bedak asas coklat atau tembaga manakala mereka yang berkulit perang sesuai memakai bedak asas coklat keperangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.