CEGAH & RAWAT CELA

Masalah tompok hitam dan kulit tidak sekata kini tiada lagi dengan Clinique Even Better Clinical Dark Spot Corrector.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Hiperpigmentasi dan kulit yang tidak sekata sentiasa menjadi masalah buat wanita Asia. Dengan cuaca yang tidak menentu, lembap dan panas akhirnya membebankan kulit. Selain krim tabir suria sebagai perisai, merawat kulit yang sudah sedia rosak mampu menjadikan kulit cerah, sekata malah tampak lebih muda. KUASA CLINIQUE EVEN BETTER CLINICAL DARK SPORT CORRECTOR Serum yang berjaya membolot 77 anugerah di serata dunia ini berupaya mengurangkan bintik-bintik hitam dan meratakan ton kulit dengan cara yang lembut namun cukup efektif. Dengan bahan aktif pencerah ia mampu menguraikan pengumpulan melanin yang dipercayai punca terhasilnya bintik hitam untuk kulit cerah sempurna. Ia selamat untuk digunakan dua kali sehari dan yang penting, penggunaan tabir suria jangan dilupakan.

Hasilnya boleh dilihat dalam masa empat minggu, dan anda boleh lihat ton kulit tampil satu ton lebih cerah daripada sebelumnya. Malah kulit menjadi lebih cerah, bercahaya dan menyerlah! Dalam masa 12 minggu, sebanyak 58 peratus pengurangan bintik hitam dapat dilihat manakala 53 peratus ton kulit tampil lebih sekata. Malah dengan kehebatan formulanya, kesan bintik hitam yang degil serta parut cela pun mampu disingkirkan.

Bintik hitam dan parut saya kian berkurangan malah rakan-rakan mula perasan akan wajah saya semakin cerah berseri. - MELISSA, DAMANSARA PERDANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.