Pencerahan Ideal

ALAMI KEAJAIBAN SERUM GENERASI KE-5 SHISEIDO WHITE LUCENT TOTAL BRIGHTENING SERUM.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Berkurun lamanya setelah produk pencerahan pertama yang dihasilkan Shiseido iaitu pada tahun 1917, jenama kecantikan dari Jepun ini tidak pernah berhenti menghasilkan kajian pencerahan yang lebih efektif. Dan kini, terhasilnya serum terbaru untuk generasi kelima dalam rangkaian White Luscent, iaitu Total Brightening Serum. Satu Serum Untuk Pencerahan Ideal

Sasaran pencerahan pada kelimalima lapisan kulit dengan formula terbaru iaitu ProBright 4MR yang mana dihasilkan daripada Resveratrol. Tekstur yang ringan dan lembap berupaya meresap jauh ke dalam kulit. Antara fungsi serum ini pada pencerahan kulit adalah:

Memperbaiki permukaan kulit agar rata dan mudah dipantul cahaya.

Menghasilkan kelembapan yang optimum dan berpanjangan.

Menghalang serta menghapuskan bintik-bintik hitam untuk kulit mulus sempurna.

Mengandungi bahan ProBright 4MR yang menghalang pengumpulan kolagen yang dipercayai mampu mengakibatkan kulit kekuningan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.