INOVASI PUPUR WAJAH TERKINI KIEHL’S

Kiehl’s berkongsi rahsia penghidratan kulit pantas serta formula untuk mengurangkan dan menghalang pembentukan bintik hitam.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Anda sudah menyapu serum, melembap wajah serta menyapu tabir suria sebagai perisai kulit. Anda merasakan pasti ada langkah lain yang boleh menyokong rutin rawatan dalam proses pencerahan kulit anda. Selain langkah-langkah yang dinyatakan tadi, anda boleh sempurnakan rutin belaian kulit dengan aplikasi pupur wajah. Ia adalah langkah insentif bagi mendapatkan hasil yang diimpikan dengan lebih baik dan pantas. Dan Kiehl’s turut melengkapkan rangkaian mereka dengan penemuan terbaru Clearly Corrective White Hydrating & Clarifying Treatment Masque.

KUASA PENCERAHAN KIEHL’S

Penemuan oleh pakar kulit Kiehl’s ini menggunakan formula yang disuntik bersama bahan efektif Activated C iaitu ramuan sama yang terkandung di dalam Clearly Corrective Dark Spot Solution yang mana ia memberi kuasa pencerahan yang lebih berkesan. Malah Kiehl’s menyuntik beberapa ramuan utama bagi mendapatkan efek cerah yang lebih cepat yakni dengan aplikasi satu pupur wajah, kesannya bagaikan anda menyapu Clearly Corrective Dark Spot Solution selama tiga minggu dua kali sehari. Malah kajian menunjukkan andai menggabungkan penggunaan dua produk ini secara berterusan hasilnya kulit 93 peratus lebih jernih, berseri dan hidrat.

Menurut kajian, sebab utama kulit bertompok dan hiperpigmentasi adalah daripada pembentukan melanin yang berlebihan. Dr. Geoffrey Genesky, Ketua Makmal Penjagaan Kulit Kiehl’s, Penyelidikan dan Pengurus Inovasi menyimpulkan, “Kepakaran Kiehl’s dalam penggunaan bahan Activated C untuk mencegah kulit bertompok sekaligus menghasilkan kulit nan lebih jernih secara semula adalah faktor penghasilan inovasi ini.”

Selain itu, pupur ini tidak melekit dan berminyak malah ia melekap sempurna pada wajah. Ramuan yang terkandung di dalamnya seperti bahan Activated C iaitu bahan pembentukan vitamin C dapat menghalang pembentukan melanin daripada menghasilkan enzim tyroinase serta menghalang kewujudan bintik hitam. Ia aktif 100 peratus pada kulit dan meresap cepat menembusi liang. Justeru formula ini dapat menghalang kulit daripada bertompok dan menjadikannya lebih jernih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.