JAGA RAMBUT ‘FRIZZY’

Masalah rambut kusut atau frizzy sentiasa merungsingkan apatah lagi apabila anda membiarkannya begitu sahaja Namun ada caranya agar ia terbentuk sempurna.

EH (Malaysia) - - Rambut -

Ramai wanita yang mengalami masalah ini, termasuklah saya sendiri. Dilahirkan dengan rambut keriting dan kembang sentiasa membingungkan lebih-lebih lagi sewaktu zaman remaja dahulu. Maklumlah untuk mendapatkan rawatan di salon atau membeli produk ‘anti-frizz’ jauh sekali dek kerana duit yang tidak mencukupi. Pelbagai cara ‘konvensional’ telah dicuba termasuklah melumurkan minyak kelapa untuk mendapatkan rambut lurus semula jadi. Saya juga mencuba teknik yang disarankan rakan-rakan iaitu meluruskan rambut menggunakan seterika. Namun satu pun tidak mendatangkan hasil, sehinggalah kini saya mendapatkan rawatan di salon, tidak disangkal lagi hasilnya memang memuaskan. Dan kini apabila mempunyai peluang mencuba produk-produk yang dihasilkan pelbagai jenama penjagaan rambut di rumah, saya berupaya memiliki rambut seakan ke salon (kecuali teknik meniup kering). Ingin tahu teknik-tekniknya? Ikuti langkah di bawah:

1 PREP RAMBUT

Pentingnya untuk menggayakan rambut dan mengelakkan rambut frizzy bermula dari waktu mencuci rambut. Malah sebelum bersyampu, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu untuk mengelakkan kekusustan ketika bersyampu dan mengelakkan rambut gugur. Ketika mencuci jangan sesekali ‘skip’ langkah memakai perapi selepas bersyampu. Lumurkan sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi pada bahagian hujung rambut.

2 LEMBAPKAN RAMBUT

Selesai mencuci, oleskan serum khas untuk kulit kepala bagi membantu mendapatkan rambut yang sihat, bersinar serta cantik bercahaya. Kemudian oleskan perapi tanpa bilas untuk melembutkan rambut sebelum rambut ditiup kering. Menerusi cara ini rambut akan menjadi rapi, lebih terurus dan terbentuk.

3 TIUP KERING

Tiup kering sewaktu rambut dalam keadaan separa lembap. Elakkan meniup rambut ketika rambut dalam keadaan benar-benar basah atau benar-benar kering. Ia akan merosakkan rambut dan secara tidak langsung membuat rambut frizzy.

4 OLES MINYAK ESENSI

Sebaik rambut ditiup kering, oleskan minyak esensi pada rambut, elakkan bahagian atas atau dari terkena kulit kepala. Fokuskan pada hujung rambut.

5 GULUNGKAN RAMBUT

Jika anda mempunyai rambut yang panjang dan inginkan rambut beralun asli, ikat rambut dengan menyimpulnya pada bahagian bawah sekali seperti sanggul rendah. Bukan di tengah atau sanggul tinggi. Semburkan penyembur rambut Biarkannya sepanjang perjalanan anda ke tempat kerja, sesudah tiba buka ikatan dan anda akan lihat hasilnya!

PROFESSIONAL BEAVER HYDRO REPAIR RESCUE CONDITIONER

PHYTOLISSE STRAIGHTENING SHAMPOO FOR UNRULY, FRIZZY & REBELLIOUS HAIR

KERASTASE INITIALISTE SERUM

PUREOLOGY SUPER SMOOTH SMOOTHING CREAM

PANASONIC NANO & PLATINUM ION HAIR DRYER

L’OREAL MYTHIC OIL

SCHWARZKOPF ULTIMATE REPAIR BI-PHASE TREATMENT SPRAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.