CERIA DAN MENAWAN

Tampil menawan dengan rona dan stail yang ‘in’ musim ini padankan pula bersama solekan memukau, pasti memikat!

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

Rafeeqa sebenarnya seorang ‘gym freak’ jadi penampilannya agak ‘sporty’ dan kasual, tidak terfikir langsung bagi si gadis ini untuk menggayakan solekan yang menyerlah dengan stail yang feminin. Jadi untuk ubah gaya kali ini, Rafeeqa menyahut cabaran untuk mencuba gaya ala ‘girl next door’.

“Saya memang jarang pakai baju bercetak flora apatah lagi dengan kasut tumit tinggi, saya cuma rajin membeli saja, pakainya tidak,” jelas Rafeeqa. Jelasnya lagi, dia lebih selesa menyarung selipar atau berkasut sukan memandangkan kebanyakan masanya dihabiskan di gim. Malah, sebelum ke studio, dia sempat ke gim walaupun penggambaran bermula seawal jam 9.30pagi. Yang paling mengejutkan, sebaik di hadapan kamera dia langsung tidak kekok malah acap kali memberikan ‘pose’ yang cukup feminin dan menawan!

“Rafeeqa sebenarnya seorang ‘gym freak’ jadi penampilannya agak ‘sporty’ dan kasual, tidak terfikir langsung bagi si gadis ini untuk menggayakan solekan yang menyerlah dengan stail yang feminin.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.