KUKU BERSINAR

Penjagaan kuku sebenarnya mudah jika tahu caranya, selain mengambil jalan singkat dengan pergi ke salon anda juga boleh merawat dan meriasnya di rumah.

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

SOALAN: Apakah cara penjagaan kuku yang betul tanpa perlu ke salon? -

Dali, Ampang

Merawat dan merias kuku adalah sama penting dengan penjagaan kulit. Kini membuat manicure atau pedicure tidak semestinya perlu ke salon, malah di rumah juga anda boleh peroleh kuku yang sihat dan cantik. Mulakan rawatan rias kuku anda sekarang! Boleh panggil BFF anda untuk lakukan bersama-sama. Pasti seronok!

1Rendam Kuku Dalam memulakan rawatan kuku, langkah yang paling penting ialah merendam kuku tangan dan kaki dalam air suam atau air panas yang dicampuri dengan sedikit garam bagi melembutkan kuku serta mematikan kuman. Kemudian gunakan batu pantai ataupun berus kaki untuk menyental dakidaki pada celah kuku kaki atau gunakan gel atau krim lulur. Ulangi teknik ini sehinggalah anda rasakan kuku kaki anda sudah cukup bersih.

2Bersihkan Kutikel Keringkan tangan dan kaki selepas selesai mencuci, kemudian bersihkan bawah kuku dengan menggunakan kayu khas/kayu kutikel untuk membuang kekotoran serta kutikel di bahagian tepi kuku.

3Bentuk Kuku Bentukkan kuku menggunakan buffer mengikut bentuk yang anda mahukan, sama ada membentuknya petak separa bulat atau pun bujur. Ia juga bergantung kepada bentuk kuku asli anda, jika anda mempunyai kuku gelas apa-apa bentuk juga sesuai. Manakala, jika anda mempunyai bentuk kuku cawan, cuba bentukkan kuku anda dalam bentuk satu garis lurus. Bentuk ini akan memberi ilusi kuku tampak tirus dan panjang. Ketika mengukir, cuba gosoknya dengan satu arah sahaja, dan elakkan membentuk bahagian tepi. Selesai langkah ini rendamkan semula kuku ke dalam air selama lima minit.

4Oles Losen dan Rias! Untuk kuku tampak lebih sihat dan cantik, urutkan keseluruhan tangan dan juga kaki dengan losen atau minyak khas untuk kuku. Selesai langkah merawat, akhir sekali adalah merias. Mulakan dengan mengoles base coat agar rawatan kuku anda tadi tahan lebih lama. Kemudian barulah sapukan warna yang anda mahukan dan sempurnakannya dengan top coat untuk melindungi kuku anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.