APPETON ESSENTIALS FOLIC ACID

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Salah satu cara pengambilan asid folik adalah mengambil suplemen seperti Appeton Essentials Folic Acid.Appeton Essentials Folic Acid ini mengandungi 400mcg asid folik yang mencukupi untuk tubuh badan wanita. Pengambilan suplemen ini mampu menghalang kecacatan lahir ke atas otak dan saraf tunjang.

Ia disarankan untuk pengambilannya kepada wanita yang belum hamil kerana jika tubuh badan wanita tersebut tidak mempunyai asid folik yang cukup, dan didapati hamil, ia berisiko tinggi untuk bayi dalam kandungan kerana kecacatan bayi tersebut akan berlaku dalam jangka masa 28 hari selepas hamil.

Dalam jangka masa ini, selalunya wanita tidak tahu akan kehamilan mereka. Hanya dengan pengambilan satu tablet sehari asid folik yang berbentuk suplemen dapat menyelamatkan kandungan dalam rahim anda sebelum bayi yang kita sayang dan harapkan tidak lahir dalam keadaan yang tidak cukup sifat dan penderitaan bagi mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.