Rukun Cinta Pejabat

NAMANYA JODOH, CINTA TERBIT DI PEJABAT. JANGAN GUSAR APA KATA ORANG KERANA ADA ATURAN MENGAWALNYA.

EH (Malaysia) - - Kerja -

Satu kajian yang dilakukan oleh akhbar Metro United Kingdom, percintaan yang tercipta di pejabat akan kekal lebih lama. Dalam kajian yang dilakukan ke atas hampir 2,000 responden ini mendapati 14 peratus daripada mereka yang ditemu ramah berkenalan di pejabat, 13 peratus ketika percutian dan 11 peratus daripada kenalan. Hampir kesemua 14 peratus pasangan yang berkenalan di pejabat ini mengakui proses perhubungan mereka lebih mudah dan berjalan lebih lancar berbanding pengalaman bercinta sebelum ini.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan Forbes.com yang dilakukan ke atas 42,000 responden sehingga Januari tahun lalu mendapati mereka yang berkhidmat dalam industri servis makanan (F&B) dan industri kreatif seperti pengiklanan dan hiburan (terutamanya pelakon dan pemuzik) lebih banyak mengakhiri zaman bujang mereka bersama teman sekerja.

Seperti juga percintaan yang dijalin pasangan lain pasti ada lebih dan kurangnya. Jada A. Graves dalam artikel How Your Work Spouse Could Be Helping and Hurting You menulis perhubungan yang dijalin di pejabat akan menjadikan pasangan lebih matang dalam menangani situasi. Mereka akan lebih bijak dalam membezakan hal peribadi dan profesionalisme di pejabat. Ikut pandu beberapa perkara yang patut dan tidak jika pasangan anda sepejabat bersama.

DO’S

Tetapkan dalam minda anda berdua supaya tidak sesekali membangkitkan isu yang terlalu peribadi ketika waktu kerja.

Wujudkan sedikit batas masa dan pergaulan. Tidak perlu menghabiskan setiap masa bersama.

DON’TS

Menjadikan pasangan anda tempat bergantung akan semua hal. Ingat pasangan anda juga ada tanggungjawab mereka sendiri di pejabat. Belajar untuk berdikari dengan tidak terlalu mengharapkan pasangan.

Usah bercerita keburukan pasangan pada rakan sepejabat takut nanti daripada tiada yang tahu masalah kalian menjadi buah mulut di pejabat pula nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.