MODEN & URBAN

Ruang kabin yang cukup kemas dengan penelitian kepada rekaan membuatkan Peugeot 2008 terbaru ini cukup sesuai buat anda yang mahukan pemanduan bergaya.

EH (Malaysia) - - Auto -

Pelawaan Naza Group untuk memandu uji kenderaan terbaru mereka Peugeot 2008 ini sudah membuat kami teruja. Kembara bermula dengan berkumpulnya delegasi media di Ben’s Publika seawal sembilan pagi. Saya bersama hampir 20 wakil media yang lain memandu ke Pullman Hotel, Putrajaya melalui jalan dalam tidak mengambil masa lama namun ia masih satu pengalaman yang baik untuk dikongsi. Kenderaan jenis SUV ini dikeluarkan atas permintaan tinggi pengguna dan pada masa yang sama menyambung legasi Peugeot 208 dan 3008 yang cukup mendapat sambutan hangat penggemar kereta.

Menurut wakil Naza pada hari pandu uji tersebut, Peugeot 2008 menawarkan hampir kesemuanya yang terkini, tercanggih dan memberi fokus kepada pemandu yang mahukan pengalaman memandu dengan penuh elegan berserta ketahanan enjin yang maksimum. Struktur luarannya diberi penekanan kali ini. Lampu depan LED yang menjadi

signature Peugeot dikekalkan dengan kemasan Chrome Grille Design di bahagian depan. Fungsi lampu ‘Follow Me Home’ dan serta ‘Guide Me Home’ dilengkapkan dengan ciri keselamatan yang tinggi dan berguna ketika pemanduan pada cuaca buruk.

KEMASAN DALAM KABIN

Disifatkan sebagai ‘The most premium interior’, brek tangan Peugeot 2008 mengambil ilham rekaan kabin kapal terbang. Tekstur papan pemuka diperkemas dengan pemilihan material yang lembut dengan skrin sesentuh dalam saiz tujuh inci dengan resolusi tinggi. Apa yang memberi nilai tambah pada siri ini adalah sistem audio yang dipanggil 3D Arkamys lengkap enam pembesar suara yang menjanjikan kepuasan buat anda yang mahukan pengalaman sebenar sistem bunyi yang hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.