SONAONE

EH (Malaysia) - - Inspirasi - KONSEP/TEKS /PENATA GAYA GAMBAR Keenky GROOMING Ajam PAKAIAN

Genre hip-hop tempatan tidak pernah sunyi dengan bakat baru yang hadir dengan attitude tersendiri. Lelaki pilihan EH! bulan ini satu daripadanya yang punya minat dan kebolehan tinggi dalam bidang muzik.

Sangka saya bakat ini datang dari luar kerana paras ‘mat saleh’ miliknya. Namun sangkaan saya meleset sekali. Bakat berusia 25 tahun kelahiran Kuantan ini semakin menyinar bakatnya dengan single No More dan Apa Khabar yang dirakam bersama Joe Flizzow. Debut berjudul Growing Up Sucks menjadi pertaruhannya dalam menambat hati penggemar muzik tempatan. meluangkan masa berkongsi cerita tentang minat mendalamnya menjual bakat dalam bidang ini.

PENGARUH MUZIK ANDA? Saya dibesarkan dalam keluarga yang melibatkan diri dalam bidang hiburan jadi secara tidak langsung pengaruh datang daripada mereka juga. Seingat saya pada usia 10 tahun saya sudah mula minat dengan muzik.

IKON DALAM BIDANG MUZIK? Stevie Wonder

dan J Dilla.

ALBUM PERTAMA YANG ANDA BELI? Runut

bunyi Space Jam. KELEBIHAN ANDA BERBANDING PEMUZIK LAIN? Dibesarkan dalam penyatuan dua budaya – Asia dan Eropah membuatkan pemahaman dalam muzik lebih luas dan pelbagai. INGIN DIKENALI SEBAGI PEMUZIK YANG BAGAIMANA? Pemuzik yang kontemporari dan paling penting sentiasa relevan dengan pasaran semasa. SIAPA YANG ANDA DENGAR SEKARANG? Pusha T, Bodega Bamz dan Jhene Aiko.

OBSESI TERKINI? Sentiasa muzik dan boleh dikatakan setiap hari saya mahu mencari ilham bagi menulis lagu baru. PERKARA YANG MEMBUAT ANDA BAHAGIA? Apabila dapat membuat orang di sekeliling saya bahagia. CARA TERBAIK WANITA MENDEKATI ANDA? Jadi diri sendiri dan tentu saja jika mereka pandai berjenaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.