LADY GAGA

Quirky dan cukup ikonik baik daripada imej sehingga cerita-cerita kontroversinya. Lady Gaga mencipta impak tersendiri buat penggemar budaya pop dunia.

EH (Malaysia) - - Selebriti -

Sttefani Joanne Angelina Germanotta dilahirkan dan dibesarkan di New York dengan ilmu muzik yang sudah dipupuk minatnya sejak kecil lagi. Lady Gaga mula mendekati instrumen muzik piano sejak berusia empat tahun lagi secara sendiri dengan hanya mendengar dan mempraktikkan di rumah. Tanpa sebarang ilmu formal daripada pengajar profesional dia mula mencipta lagunya sendiri sejak berusia 13 tahun. Hanya selepas beberapa tahun berlatih sendiri barulah Gaga meneruskan ilmu muzik yang menjadi minatnya secara profesional khusus dalam muzik klasikal di Convent of the Sacred Heart.

Pada usia 19 tahun Gaga membuat keputusan berhenti belajar daripada New York University bagi mengumpul pengalamannya sendiri sebagai penghibur dengan menghibur tetamu kelab-kelab malan serta bar. Dalam satu temu bual bersama majalah Elle, Gaga menyatakan alasannya berhenti belajar, “Saya merasakan belajar sendiri dengan bekerja dan mencari pengalaman sebenar di luar adalah lebih bermakna daripada menghabiskan masa di kolej.”

“Saya merasakan belajar sendiri dengan bekerja dan mencari pengalaman sebenar di luar adalah lebih bermakna daripada menghabiskan masa di kolej.”

LADY GAGA FOR VERSACE SPRING 2014 JUSTDANCE LADY GAGA

“FAME” FRAGRANCE YOU AND I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.