THE NEW MADONNA?

EH (Malaysia) - - Selebriti -

Debut berjudul The Fame diterbitkan Island Def Jam Records mencipta fenomena luar biasa dengan single Just Dance dan Poker Face. Gaga hadir dengan pakej muzik dan imej yang cukup kuat untuk orang ramai ingat akan kehadirannya. Dengan keberanian untuk tampil dengan imej pelik yang penuh provokasi ini, Gaga disamakan dengan legenda pop ternama, Madonna ketika itu. Namun sehingga hari ini dia berjaya menyangkal persamaan yang dikatakan dan menjadi Lady Gaga yang sentiasa dinanti kemunculannya.

Sejak mula bertapak secara komersil pada tahun 2008 sehingga hari ini Gaga memiliki tiga buah album penuh dengan jualan melebihi 20 juta unit. Selepas kejayaan The Fame, Gaga muncul dengan album re-package The Fame Monster yang terjual sehingga 15 Juta unit seluruh dunia diikuti dengan album Born This Way. Tahun lalu Gaga tampil dengan album berjudul Artpop yang menampilkan hit, Applause dan Do What You Want.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.