MUZIK

EH (Malaysia) - - Lihat + Dengar + Baca -

EMINEM - The Marshall Mathers LP 2

Universal Music Album ini dibuka baik dengan trak Bad Guy yang cukup ramuan hip-hop yang menjadi signature pemuzik ini. The Monster menampilkan sekali lagi kolaborasi Eminem bersama Rihanna manakala Survival antara yang paling hebat dengan riff gitar keras di tengah lagu dan korus yang cukup catchy. Komposisi muzik Eminem masih berbisa dengan lirik penuh provokasi.

PITBULL – GLOBAL WARMING MELTDOWN

Sony Music Muzik Pitbull masih berlegar pada idea hip-hop dan pop yang serupa. Seronok untuk didengar dan tepat untuk pesta keraian namun tiada elemen baru yang mengejutkan. Muziknya mudah dijangka dan hanya akan hit buat masa tertentu sahaja. Christina Aguilera, Shakira, The Wanted dan Chris Brown antara yang melengkapkan rangkaian muzik album ini.

MOONLIGHT JAZZ II

Universal Music Nama-nama besar dalam aliran muzik jazz disatukan dalam album kompilasi dua cakera ini. Cukup menyenangkan dan tenang sekali melayan satu per satu trak yang ada. Radio Song (Esperanza Spalding), I Can’t Make You Love Me (George Michael) Come Away With Me (Norah Jones) dan By Your Side (Sade) menjadi pilihan yang cukup bijak untuk sebuah kompilasi seperti ini.

GLORIA ESTAFAN – THE STANDARDS

Sony Music Terkenal dengan rangkaian muzik pop latin, Gloria Estafan memberi suntikan muzik yang sedikit berbeza dalam The Standards. Kalsikal dan Jazz menjadi aliran album yang lengkap lima belas trak kesemuanya. Baik seawal trak Good Morning Heartache sehingga ke trak Perancis Tu Sais Je Vais T’aimer saya cukup terbuai.

BUDDY GUY – RHYTHM & BLUES

Sony Music Jika anda penggemar R&B, Buddy Guy bukan nama asing dalam memperjuangkan muzik ini. Album dengan dua cakera ini menampilkan rangkaian hebat trak-trak blues yang dirakam semula bersama beberapa trak terbaru. I Could Die happy, Evil Twin dan I Go By Feel antara yang cukup hebat percaturan muzik R&B dalam album ini.

LAWSON – CHAPMAN SQUARE / CHAPTER II

Universal Music Kugiran pop Lawson hadir dengan album repackage Chapman Square yang pernah dikeluarkan awal tahun lalu. Untuk penggemar kugiran ini album ini turut menampilkan kompilasi video Everywhere We Go – The Chapman Square Tour Film yang merupakan persembahan mereka sepanjang mempromosikan debut ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.