KULIT ANDA AKAN TAHU PERBEZAANNYA

EH (Malaysia) - - Promosi -

Bagaimana anda boleh mengetahui bahagian dalam kulit anda? Ia sebenarnya boleh diukur pada bahagian luaran kulit anda. Ditawarkan oleh kunjungan ke Melissachens

Skin Beauty Spa, rawatan antipenuaan yang tidak melibatkan pembedahan ini berfungsi memulihkan kecerahan kulit yang pernah anda miliki dahulu.

Rawatan ini sesuai bagi mereka yang mengalami pelbagai masalah kulit yang menjadi punca penuaan lebih cepat daripada yang sepatutnya seperti kulit berminyak, kecelaan pada kulit yang sering berlaku, kulit sensitif dengan penyembuhan kurang baik, kulit kusam, tekstur kulit yang kurang penghidratan yang menjadi punca garis-garis halus, kedutan dan kulit kendur.

Rawatan antipenuaan premium ini berfungsi untuk melegakan sel tersumbat dan nyahtoksik. Oleh itu, bagi mereka yang memiliki kulit berminyak atau mudah berjerawat, rawatan Advanced Micro-Lifting sangat berkesan untuk membersihkan kulit dan mengimbangi semula minyak kulit. Ia juga mengaktifkan sel metabolisme, meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap bahan-bahan aktif dan berfaedah daripada produk penjagaan kulit yang digunakan. Kulit sensitif kembali sihat dan penyerapan ramuan aktif menjana semula kesihatan kulit. Rawatan Advanced Micro-Lifting juga rawatan pencegahan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, menghilangkan garis-garis halus dan menegangkan kulit supaya kedutan tidak dapat dilihat.

Pakar terapi terlatih menggunakan teknik proprietari untuk mengurangkan ketegangan kulit. Kulit dimanjakan dengan strok urutan yang akan menggalakkan peredaran yang baik, yang membawa kepada pertumbuhan semula sel yang sihat. Hasilnya kulit lebih muda dan berseri boleh dimiliki untuk jangka masa yang lebih panjang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.