PANDUAN GAYA

Tahun berganti tahun, begitu juga dengan keperluan hidup. Gaya menjadi salah satu identiti yang perlu berubah seiring masa, kehendak survival dan juga kesesuaian peribadi. Ikuti nasihat gaya mengikut bintang kelahiran bagi menjadikan 2014 adalah tahun heb

EH (Malaysia) - - Horoskop -

PISCES (19 Feb-20 Mac) Berupaya untuk menggabungkan gaya yang penuh fantasi dan dramatik menjadi

look yang hebat! Gaun atau skirt ekstra labuh yang meleret cantik di lantai seakan menambah elemen lembut dan feminin buat anda si gadis manis. Padankan dengan jumper atau cropped top polos dan aksesori dempak. Nah, anda tampil seakan Rihanna.

TAURUS (20 Apr-20 Mei) Berbintang Taurus menjadikan anda adalah wanita yang sentiasa hidup dalam kenangan. Kerana itu, gaya vintaj sering menjadi pilihan. Blaus berlisu dan skirt dengan corak bunga, rona pastel dan semula jadi serta fabrik dengan efek lusuh adalah antara yang memenuhi almari pakaian mereka.

GEMINI

(21 Mei-21 Jun) Gemini tidak mempunyai hanya satu identiti dalam dunia fesyen. Mereka gemar kepelbagaian, kerana itu almari pakaian mereka dipenuhi dengan pelbagai busana, baik gaya kemas sut sehinggalah rock chic. Warna-warna terang juga mudah menarik minat mereka yang penuh dengan keyakinan dalam apa juga mereka lakukan.

CANCER

(22 Jun-22 Jul) Mereka gemar dengan gaya penuh dramatik, sekaligus dapat menarik perhatian orang lain untuk memuji keunikan selera fesyen

mereka. Gaun pendek berperincian bulu seperti gadis balerina menambah elemen seksi dan juga manis. Blaus dengan perincian les tebal juga boleh digayakan dengan padanan aksesori ringkas.

LEO

(23 Jul-22 Ogos) Bukan sombong, namun sememangnya sikap mereka yang sudah biasa dengan dorongan sebagai ketua menjadikan mereka ingin kelihatan hebat dalam apa juga dilakukan. Dress

to-impress menjadi moto dalam bergaya. Sentiasa mengikuti trend terkini. Blaus, celana mahupun skirt dengan corak inspirasi puak orang asli Afrika antara yang menjadi pilihan.

VIRGO

(23 Ogos-22 Sept) Fesyen understatement, iaitu gaya polos dan berpotongan kemas serta bersih menjadi pilihan warga Virgo yang terkenal dengan sifat femininnya. Memilih rona tanah atau kuning cair sebagai tema busana pilihan. Untuk aksesori, kasut dengan ketinggian yang tidak melebihi tiga inci menjadi ikutan baru buat warga Virgo.

LIBRA

(23 Sept-23 Okt) Terkenal dengan kegemaran mereka yang sukakan keharmonian, tidak kira dari segi perhubungan mahupun gaya fesyen yang menjadi pilihan. Mesti ada keseimbangan dari segi jenis fabrik, potongan dan juga aksesori padanan.

SCORPIO (24 Okt-21 Nov) Kreatif dalam bergaya. Takut untuk mencuba gaya androgini yang bukan semua mampu untuk ‘membawanya’. Tambah olesan gincu bibir merah untuk sentuhan feminin dalam padanan gaya maskulin. Jaket adalah antara item wajib ada dalam simpanan.

SAGITTARIUS

(22 Nov-21 Dis) Kebanyakan inspirasi datangnya daripada gaya tribal dan keunikan budaya. Warga Sagittarius begitu gemar dengan busana berwarna-warni dan motif Afrika. Ada juga elemen Timur Tengah dan Mediterian. Gaun labuh yang terbelah cantik di hadapan berserta kasut tumit tinggi adalah padanan terbaik.

CAPRICORN

(22 Dis-19 Jan) Anda ingin mencuba gaya baru, namun takut kekok dilihat rakan sekeliling. Gaya konservatif masih menjadi kesukaan. Bagi memberi kelainan di tahun ini, apa kata anda pilih skirt paras lutut dengan potongan pensel. Selain itu, pelbagaikan rona terang dan corak serta cetak agar penampilan tidak nampak bosan.

AQUARIUS

(20 Jan-18 Feb) Mereka ini dianggap individu yang bercita-cita tinggi dan mengharapkan kesempurnaan. Gaya mewah vintaj tahun 70-an yang menjadi ikutan semula adalah sesuai untuk Aquarius yang juga terkenal dengan sisi seni mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.