SKANDAL! MENGAPA WUJUD ORANG KETIGA

Bagaikan plot drama, realiti perhubungan yang awal ikrarnya setia pasti diuji dengan sub-plot yang menjadi detik tegang dalam

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Tahun 2009 dunia digemparkan dengan skandal seks paling hangat dan diingati sehingga hari ini. Pemain golf terkemuka, Tiger Woods menggemparkan dunia dengan fiil pelik akan kemahuan seksnya. Mild

S&M, three-some dan membayar sehingga AS$60,000 untuk seorang

sex escort dibongkar setelah insiden isterinya memecahkan cermin kereta belakang Cadillac Escalade milik Woods setelah mengetahui Woods curang. Hal ini sebahagian daripada cerminan sikap manusia hari ini – semakin berkuasa seseorang itu semakin banyak kehendaknya dalam memuaskan nafsu yang mereka inginkan. Kes Tiger Woods satu daripadanya sebelum itu skandal seks bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan juga Puteri Diana terlebih dahulu menggegar dunia.

JIKA BENAR BERDUA LEBIH BAIK, KENAPA PERLU ADA KETIGA?

Contoh-contoh tersebut merupakan kes besar melibatkan ahli politik, ahli sukan dan kerabat. Namun dalam kitaran hidup seharian manusia biasa seperti kebanyakan kita juga berlaku akan hal ini. Tentang curang, penipuan dan ketidaksetiaan. Kenapa? Jawapannya berbalik pada kemahuan individu. Saya menonton video Helen Fisher: Why We Love, Why We Cheat dan dalam video ini ahli antropologi ini menyatakan keinginan menyukai seseorang itu tidak melibatkan sepenuhnya melibatkan perasaan. Ia dipandu kawal oleh otak yang dalam tidak sedar membawa kepada perasaan yang salah. Semuanya berjalan baik pada fasa awal sehingga rasa yang ada berubah momentum menjadi mendatar dan tiada apa lagi yang menarik tentang cinta yang dijalin. Dan dari sinilah wujudnya keinginan untuk mencuba sesuatu yang lain atau mendekati sesuatu yang tidak pernah dilakukan.

Tambah Helen lagi, sistem otak manusia

ketika bercinta punya beberapa fasa dan apabila sampai satu tahap anjakan cinta yang dipandu otak itu semakin pudar (bukan hilang) membuatkan manusia beralih arah mencari keterujaan yang lain. Jadi di sinilah wujudnya cerita curang, cerita orang ketiga. Apa yang pasti ia berbalik kepada individu bagaimana anda menghadapi situasi. Sentiasa ingat dalam apa jua hal terutama sekali perhubungan pasti akan ada dugaan atau timbul perasaan tidak senang. Namun ia berbalik pada penerimaan dan bagaimana anda boleh mengawal segala ujian yang bakal mendatang.

SEXTING

Apa itu sexting? Perkongsian teks atau visual berbentuk erotik yang merangsang dan memberi keterujaan baru dalam memuaskan kehendak atau nafsu. Aplikasi telefon pintar seperti Pure yang diperkenalkan tahun lalu di Amerika Syarikat dicipta khusus memberi laluan mudah untuk mereka yang mencari pasangan hanya untuk seks. Biarpun debat tentang hal ini hebat mendapat perhatian dunia, tiada apa yang dapat menghalang daripada teknologi untuk terus berjalan.

Dalam artikel EH! Julai 2013 – Curang di Media Sosial, saya ada menulis tentang lambakan aplikasi telefon pintar yang menjadi punca mengapa kebanyakan kita hari ini lebih mudah untuk curang dan ia menjadi alasan utama kenapa ada orang ketiga dalam perhubungan. Ilusi rahsia, ketanpanamaan dan respons mudah menjadi alasan kenapa kita mencipta skandal secara senyap. Jangan terkejut jika ada isteri orang berhubungan dengan suami orang hanya kerana seks. Alasan mereka kerana tiada kepuasan bersama pasangan dan mereka lakukan hal ini bukan kerana tidak lagi mencintai pasangan mereka tetapi tidak terbuka dalam membincangkan hal ini bersama pasangan.

Satu kes berlaku di Australia di mana seorang gadis ditangkap melakukan aktiviti sexting bersama teman lelakinya. Dalam mesej tersebut terdapat beberapa gambar bogel yang dikirimkan gadis tersebut buat kekasihnya. Bapa kepada gadis berusia tiga belas tahun itu membuat laporan polis dan teman lelakinya yang berusia 20 tahun tersebut ditahan kerana jenayah juvana. Hal ini antara contoh bagaimana gejala skandal seksual senang berlaku kepada sesiapa pun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.