STEP BY STEP!

Asas Solekan Sempurna

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

Ramai yang sudah tahu selain primer, pemakaian bedak asas adalah satu langkah penting untuk mendapatkan solekan mulus dan sempurna. Namun apa yang sering mengelirukan adalah pemilihan warna yang tepat. Ada yang tidak tahu pemilihan rona yang betul akan mempengaruhi penampilan keseluruhan solekan. Contohnya pada botol ia tampak serasi pada ton kulit, namun sebaik diaplikasikan pada wajah, kulit tampil kelabu! Jadi penting mengetahui jenis bedak asas dan ton yang tepat pada wajah agar penampilan tampil sempurna.

BEDAK ASAS CECAIR/GEL Sering menjadi pilihan dek kerana teksturnya yang lembut malah mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering. Sapuan tipis akan menampakkan kulit lebih segar dan menawan. Namun perlu diingat untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, pastikan ia dilabel sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Aplikasi menggunakan berus adalah lebih menyeluruh, namun untuk kulit kering, lebih elok menggunakan jari, agar sapuannya lebih lembut.

BEDAK ASAS KRIM

Sesuai untuk kulit bermasalah kerana ia tidak melekit dan mengeluarkan minyak. Walaupun bedak asas jenis ini sedikit pekat, ia mudah dipakai. Elakkan memakai secara berlebihan kerana ia mudah diserap terus oleh kulit. Dinasihatkan menyapu secara berhati-hati bagi mengelak warna kulit menjadi tidak sekata.

Penggunaan span adalah lebih praktikal, dek kerana tekstur tidak terlalu cair dan tidak terlalu padat. Penggunaan span seeloknya dimulakan pada bahagian tengah muka.

BEDAK PADAT Lebih serasi untuk jenis kulit normal dan sedikit berminyak. Ia tidak perlu dicampurkan dengan bedak lain kerana ia adalah gabungan bedak asas dan bedak. Sekiranya anda mempunyai kulit kering dan lebih selesa menggunakan bedak padat, pastikan anda menggunakan jenis ‘2 Way Cake’ atau ‘2 Way Foundation’ yang mana anda boleh menggunakannya dalam keadaan lembap dengan hanya melembapkan span. Dengan itu kulit akan tampak sedikit lembap.

Sapuan tipis boleh dioles menggunakan berus manakala untuk litupan lebih sempurna, gunakan span yang sedia ada. Lembapkan span untuk kemasan ‘dewy’ dan bersinar.

TEKNIK SAPUAN BEDAK ASAS Untuk membuat sapuan, kebanyakan wanita memilih menggunakan berus atau span namun ada juga selesa menggunakan jari. Kesemua itu tidak mengapa, ikut saja keselesaan masingmasing. Yang penting, pastikan muka bersih daripada peluh dan minyak. Ini bagi mengelakkan solekan dari cepat pudar disebabkan kulit berminyak dan kelihatan tidak sekata.

Bagi mereka yang rajin mengamalkan petua orang dulu-dulu boleh melakukan urutan wajah menggunakan ais. Ini boleh memberi kesegaran sekaligus menutup liang roma pada kulit muka. Untuk sapuan di sekitar mata, lakukan dari luar ekor mata ke dalam dengan cara bulatan. Sapuan membulat dari luar ekor mata sehingga ke sudut mata bagi memberikan kesan sekata.

Sapuan yang betul haruslah dengan cara ke bawah kerana untuk selari dengan liang roma, atau menarik ke arah luar kiri dan kanan agar litupannya lebih menyeluruh dan sempurna.

Cle de Peau Silky Cream Foundation

Channel Le Blanc Light Revealing WhiteningFluid Foundation SPF30/ PA+++ RM160

Clinique Even Better Makeup SPF15/PA++ RM118

Shiseido Sheer and Perfect Foundation Broad Spectrum SPF15 RM135

Nars Sheer Glow Foundation

RMK Liquid Foundation RM155

Sisley Phyto Blanc Lightening Compact Foundation Anna Sui Limited Loose Compact Powder

Diorskin Spray Foundation Cuba bedak asas ‘Spray’ untuk litupan yang ringan dan halus! Bobbi Brown Sheer Lip Color RM88

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.