Tiru Solekan

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Semuanya serba segar. Maya Karin kami tampilkan dalam gaya yang lebih santai. Untuk penggambaran ini sejak awal lagi kami mahu pakaikan Maya dengan helaian denim lengkap. Khir Khalid menjadikan mata sebagai titik tumpu yang mana dia menyapu pembayang mata rona biru pada seluruh kelopak mata Maya. Kemudian mencalit maskara berlapis-lapis untuk mencipta mata yang lebih galak. Biasan rona merah samar pada buah pipi dan bibir menambah segar solekan ini.

Fendi Sani pula meniup kering rambut Maya yang baru sahaja digunting awal tahun ini. Fendi menyikat rambut Maya dengan gaya belah tengah dan rambut Maya ditiup lembut sewaktu penggambaran agar gambar yang terakam tampak lebih bersahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.