ANUAR ZAIN TERINDAH

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Bintang muda ini nyata terus menjadi perhatian dunia. Laman web Billboard menulis album Bangerz merupakan album artis solo wanita dengan penjualan tertinggi sehingga Februari lalu dan kedua tertinggi bagi penjualan keseluruhan album Pop. Tidak sekadar itu, Miley Cyrus juga antara selebriti yang paling kerap diambil sebagai wajah utama editorial dunia sebagai penyeri muka depan majalah. Daripada majalah remaja seperti Seventeen sehingga ke majalah fesyen Elle dan Rolling Stone, gadis ini menjadi wajah pelaris dengan imej nan pelbagai. Tambah hangat bintang pop sensasi ini, Miley tampil tanpa seurat benang di muka depan majalah W edisi Mac lalu. Gambar ini diambil oleh jurugambar duo, Mert Alas dan Marcus Piggott.

Soloist yang cukup terkenal ini kembali dengan persembahan istimewa bersempena dengan minggu setiausaha yang bakal berlangsung 8 April ini dan Hotel One World terpilih sebagai lokasi bagi pertunjukan eksklusif ini. Apa yang lebih istimewa, buat pertama kalinya Anuar akan mempersembahkan single terbaru daripada album yang bakal dipasarkan tidak lama lagi berjudul Terindah. Tambah Anuar persembahan istimewa ini juga adalah untuk meraikan perjalanan seninya dengan berkongsi pengalaman bersama penonton yang bakal hadir. Tiket dijual dengan harga bermula RM480, RM680, RM980 dan RM1,380 boleh didapati di TicketCharge.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.