CORAK TOMPOK DADU REKAAN KHAS MULBERRY

EH (Malaysia) - - Berita+fesyen -

Mulberry memasarkan aksesori dan koleksi sedia pakai bercorakkan tompok dadu. Rekaan suntikan era 60-an ini diilhamkan daripada rumah dan taman mewah ala Inggeris. Beg The Baywater Shoulder dengan tali bahu panjang diilhamkan dari rona biru gelap dan krim memberi penggayaan yang lebih bercita rasa mewah. Antara rona lain keluaran koleksi baru Mulberry ini termasuk rona kulit kayu oak, kuning keemasan kulit kambing dan kelabu berkilat dari kulit lembu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.