Pembuatan berkualiti beriring material dan idea rekaan yang malar segar.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Memiliki beg tangan yang baik dan bermutu bukan hanya bergantung pada rekaan yang bercirikan moden dan mengikut kehendak trend semasa. Kemewahan sebenar lahir daripada pembuatan dan penggunaan material yang bermutu dan tahan lama. Oleh itu, teknologi pembuatan beg memerlukan hasil kerja yang sangat teliti termasuklah soal pemilihan bahan metal untuk gancu, zip dan perincian lain agar setiap rekaan beg itu memenuhi aspek utama beg tangan iaitu ringan.

Menyuntik satu lagi kekuatan bagi sebuah beg tangan, Esfolar memperkasakan setiap beg tangannya dengan menggunakan kulit asli full grain yang paling halus. Berasal dari Brazil, beg tangan pertama Esfolar dihasilkan menggunakan tangan sekitar tahun 1975 oleh sebuah keluarga yang tinggal di perkampungan kecil, Sao Paulo. Sewaktu kerancakan era seni pembuatan kulit iaitu pada era 60-an dan 70-an, kerajaan turut membantu dalam mengukuhkan ekonomi lokal waktu itu. Lembu diimport dan dipasarkan di setiap tempat lalu kulitnya dieksport ke negara luar. Penghujung era 70-an, seni ini berkembang dan menjadikannya semakin popular di mana selepas penemuan penggunaan kulit yang boleh dijadikan bahan lain seperti kasut, beg tangan dan aksesori kulit.

Selepas itu Esfolar menjadi bahan kraf kulit yang sangat bernilai dan ia turut dikenali sebagai ‘Raw” bagi ganti nama Esfolar dalam bahasa Portugis. Kebanyakan pelanggan lokal mendapati kraf pembuatan kulit Esfolar berkualiti, unik, asli serta semula jadi oleh itu tagline ‘The Species of Nature’ diperkenalkan. Bagi mendapatkan beg tangan yang berkualiti tinggi, ia memerlukan pembuatan yang cukup teliti. Oleh itu, penghasilan sebuah beg tangan Esfolar memakan masa kerana ia dijalankan menerusi lebih seratus langkah sebelum menyiapkannya. Ini termasuklah pemilihan kulit yang berkualiti dan teknik jahitan yang mencantumkan kesemua panel. Kemahiran ini menjadi rahsia yang harus dipegang dan disimpan agar kualiti ini dapat dikekalkan turun temurun.

Kebanyakan rekaan Esfolar dihasilkan dalam gaya yang cukup praktikal sekaligus mengekalkan sentuhan klasik. Bagi Esfolar rekaannya perlu relevan untuk jangka waktu yang lebih lama sejajar dengan kualiti kulit full grain yang dihasilkan. Klasik tidak bermakna direka dengan rona yang terhad, Esfolar turut menyuntik pelbagai rona terang dalam pembuatan beg tangannya. Ini menggandakan lagi langkah pembuatannya kerana bagi menghasilkan rona pada kulit mengambil proses masa yang lama.

Himpunan Musim Bunga

Musim ini, barisan beg tangan Esfolar terdiri dari ciri structured rekaan tote trapez dalam rona terang. Kesemua beg ini diperbuat daripada kulit grainy premium sesuai untuk cita rasa moden yang bebas gaya. Ada juga rekaan beg tote yang dilengkapi rantai kunci rona emas bagi menyuntik gaya yang lebih feminin. Namun, rata-rata rekaan musim bunga direka polos tanpa sebarang perincian yang mengganggu ciptaan bermutu ini.

Esfolar boleh didapati di The Curve, Avenue K dan Paradigm Mall.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.