DI HARI PELANCARAN...

EH (Malaysia) - - Stail -

Poster besar kempen terbaru Thomas Sabo yang menampilkan wajah model terkenal Georgia May Jagger menyambut ketibaan para tetamu yang berkumpul tengah hari itu untuk menyaksikan pelancaran himpunan musim bunga/panas Thomas Sabo 2014. Berlokasikan French Window Brasserie & Bar yang terletak di aras tiga pusat belibelah terkenal Hong Kong, IFC Mall, majlis ini dihadiri ramai wakil media dari serata Asia termasuk Indonesia, Singapura dan beberapa negara lagi.

Yang membuat saya seronok dan bangga, sebelum majlis berlangsung yakni sewaktu tetamu masih berlegar-legar membelek koleksi terbaru ini, dapat saya dengar alunan suara dan muzik daripada album terbaru Yuna. Siapa sangka album Noctural menjadi pilihan penganjur.

Majlis ini tidak hanya dihadiri oleh Thomas Sabo sendiri malah Ketua Pegawai Eksekutif Thomas Sabo, Dr. Harald Winzer dan John Schluter yang memegang peranan sebagai CBO Thomas Sabo. Tambah meriah dengan kemunculan istimewa model, pelakon dan penyanyi terkenal Hong Kong Angelababy bersama model selebriti Carl Ng dan Ankie Beike.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Thomas Sabo dan diiukuti dengan penerangan konsep serta ilham koleksi terbaru Thomas Sabo oleh John Schluter. Kemudian lLima model lelaki dan perempuan hadir menggayakan koleksi terbau ini berasama selebriti yang diundang hadir. Dua penari turut berada di pentas memeriahkan pertunjukan mini ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.